Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Khabar duka menyelubungi warga kerja penerbitan animasi terkenal Upin & Ipin iaitu Les’ Copaque Production Sdn Bhd apabila orang kuatnya, Fairul Haida Abdul Rahim meniggal dunia dalam satu kemlangan jalan raya.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh pihak syarikat berkenaan di laman Facebook milik mereka kelmarin. Allahyarhamah Cik Fairul merupakan seorang Pelukis Papan Cerita di syarikat animasi Upin & Ipin.
Difahamkan insiden itu berlaku sewaktu Allahyarhamah dalam perjalanan pulang ke kampung di Utara untuk berjumpa keluarga bagi meraikan penguhujung Syawal. Namun siapa duga apabila ajal terlebih dahulu memisahkan mereka.
Kemlangan tersebut berlaku di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Dikatakan Allahyarhamah sempat berkongsikan status di laman Facebook miliknya yang sedang perjalanan pulang kampung dan dan memaklumkan keadaan trafik semasa.
Dapat dilihat seluruh warga kerja dan sahabat yang mengenali meluahkan rasa sayu dan sedih di atas pemergian mengejut itu.
Tidak dijelaskan secara terperinci punca kejadian. Apa pun semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.