Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sangat Profesional, Akhirnya Intan Ladyana Buka Mulut Berhubungan Dengan Jejaka Muda

Ajaibnya hati dan perasaan ini adalah ia mampu membuatkan seseorang itu ada rasa kasih dan sayang kepada individu lain yakni cinta sehinggakan membuatkan sesetengah orang sampai kemaruk dan tak dapat tidur malam kerana terlalu rindu.

Harus diingat bahawa hati ini perlu dijaga sebaik mungkin agar tidak kecewa dan terlalu memberi harapan kepada seseorang yang dicintai. Bila dah masuk fasa bercinta, antara yang perlu diberi perhatian adalah tolak ansur dan saling setia.

Antara punca kegagalan dalam sesebuah hubungan adalah apabila salah seorang dari mereka mula berasa bosan dan bermain cinta baru tanpa pengetahuan pasangan.

CINTA ANTARA INTAN DAN HARRIS SEMAKIN HANGAT

Lain pula kisah cinta selebriti cantik iaitu Intan Ladyana yang kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor muda, Harris Alif. Menurut sumber, jarak umur antara Intan dan Harris adalah 17 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza Umur 17 tahun, Cinta Tak Mengenal Usia! Intan Ladyana dan Harris Alif Tampil Beraya Sedondon

Biar pun jurang umur ini terlalu besar namun ianya bukan penghalang untuk kedua mereka saling mempercayai. Ini kerana sikap Harris yang sangat matang dan memahami karakter Intan.

INTAN LADYANA TAMPIL BUKA MULUT DI MELODI

Selama ini peminat lebih memerhati dan mendengar kisah dari sudut Harris. Tetapi pada kali ini Intan Ladyana tampil di rancangan Melodi menjawab mengenai kisah cintanya kepada umum.

Ternyata aktres cantik ini lebih suka berbicara soal kerjaya berbanding hal peribadi. Walau bagaimanapun dia tidak menafikan atau menyorok hubungan istimewa bersama Harris. Jelas Intan, dia bukan tidak menunjuk di media sosial tetapi bersikap lebih berhati-hati.

TAK SEMUA PERKARA PERLU DIKONGSI BERSAMA PEMINAT

Tambahnya lagi, dia ada memuat naik mengenai Harris di laman Instagram miliknya cuma ada yang nampak dan tak nampak. Prinsip Intan adalah tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada peminat.

Bila ditanya soal jarak umur, Intan mengakui bahawa kekasihnya bersikap lebih matang berbanding usia dan memahami kehidupan Intan. Umur adalah sekadar angka yang penting saling memahami.

Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang memuji cara Intan menjawab soalan yang dilihat profesional. Mereka juga mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan dan berakhir di jinjang pelamin.

Kongsi artikel ini: