Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Aksi spontan dan kepetahan bercakap membuatkan Yoe Parey mudah diminati ramai. Siapa sangka bermula sebagai talent jemputan dalam drama spontan Syahmi Sazli akhirnya berubah menjadi pelakon tetap dan tunjang utama kepada YouTuber dari Kelantan itu.
Tidak dinafikan yang Yoe merupakan kelainan upaya. Namun kelainan itu langsung tidak menunjukkan kelemahan diri apabila setiap perkataan yang diungkapnya mampu membuat penonton ketawa.
Terbaru, perkongsian Yoe di laman Instagram miliknya pada beberapa jam yang lalu telah menarik mata peminat apabila menampilkan gaya terbaru rambutnya setelah lama tidak bergunting disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apa yang menarik kali ini adalah gaya terbaru dari Yoe, tampak berbeza berbanding sebelum ini. Mana tidaknya hasilnya dah seperti watak anime Avatar yang dikenali sebagai Ang, dengan gaya berambut botak dan diukir tanda anak panah ke arah dahi.
View this post on Instagram
Kalu de guting free gak lagu nilah jadinyo.ikuk dio nk wk rano kawe nk tehe jahπππ.
Sudah pasti perkongsian ini membuatkan ramai pengikutnya terhibur. Rata-rata membanjiri komen menyatakan biar pun kepala terukir anak panah, namun kecomelan Yoe masih lagi terserlah.
Tak kurang hebatnya ada netizen mula perasan tubuh badan pelawak istimewa tersebut yang cukup sasa dan meminta tip penjagaan tubuh badan.
Kesimpulannya, Yoe sangat terkenal dengan sikap rendah diri. Jumpa sahaja di luar sudah pasti dia akan melayan permintaan orang ramai untuk bergambar dengannya. Oleh kerana faktor itu juga Yoe mudah meraih ramai pengikut di laman sosial seperti hari ini.