Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Sekadar Hebat Di Dapur, Pavithra Kini Tampil Yakin Persis Model Buat Netizen Terbeliak Biji Mata

Semakin hari semakin terkenal nama Sugu dan Pavithra di mata netizen. Nama mereka menjadi bualan sejak awal tahun lalu disebabkan kefasihan Pavithra berbahasa melayu ketika berkongsi tip masakan di ruangan YouTube miliknya.

Siapa sangka tuah pasangan suami isteri ini semakin baik saban hari. Ada sahaja permintaan dari produksi untuk menjadikan mereka sebagai tetamu undangan di program televisyen dan juga temubual daripada majalah-majalah ternama.

Bayangkan, nama Sugu dan Pavithra turut mendapat tempat di mata Perdana Menteri Malaysia apabila baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin menyumbangkan kelengkapan memasak dan juga memetik nama mereka ketika memberi ucapan tempoh hari.

BUKAN SEKADAR PANDAI MEMASAK, PAVITHRA KINI TAK KEKOK JADI MODEL

Biasa lah, bila dah terkenal ada sahaja kisah kurang baik mula muncul. Sejak beberapa hari lalu namanya dikaitakan sebagai demand harga RM10,000 untuk dijemput sebagai tetamu dalam program televisyen berdurasi satu jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Minta RM10,000 Untuk Sejam, Pengacara TV Tampil Perjelas Sugu Pavithra Keliru Keadaan Sebenar

Dalam perkembangan terbaru, tersebar pula gambar Pavithra yang bergaya persis model antarabangsa di media sosial. Gambar tersebut asalnya dikongsikan sendiri oleh jurugambar professional dan kemudiannya menjadi topik bualan warganet.

 

 

WAJAH KELIHATAN EKSOTIK

Dapat diperhatikan Pavithra sangat berbeza berbanding sebelum ini yang mana mengenakan busana anggun dan juga pakaian rekaan daripada Wanpa lantas menampakkan wajahnya sangat unik dan eksotik.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai yang membanjiri ruangan komen memuji penampilan Pavithra yang ternyata berbeza. Tidak kurang hebatnya ada yang menyamakan wajah YouTuber tersebut ala ala artis Hollywood iaitu Beyonce.

LEBIH PENTINGKAN MASA DENGAN KELUARGA

Sugu dan Pavithra boleh dikatakan menerima tawaran dari pelbagai pihak tidak putus-putus. Ada sahaja pihak yang sudi menjemput dan meminta untuk kolabrasi bersama mereka sejak akhir-akhir ini.

Walau bagaimanapun, Pavithra ada menjelaskan bahawa masa bersama keluarga adalah lebih penting. Mereka kini hanya ingin fokus kepada konten masakan di YouTube semata-mata tanpa melibatkan diri dengan mana-mana program TV.

Kongsi artikel ini: