Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Buat Apa Nak Malu! Aiman Tino Turun Padang Jual Air

Wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang teruk terhadap ekonomi dunia. Tak terlepas juga dengan Negara kita Malaysia, ramai individu yang hilang punca pendapatan disebabkan perintah PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan selama dua bulan lebih itu.

Susulan itu, rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar melakukan aktiviti seperti sediakala dan hanya boleh duduk dirumah sahaja. Begitu juga dengan segala aktiviti seni yang harus diberhentikan seketika.

BUKAN HANYA BERPELUH TUBUH DIRUMAH

Bagi penyanyi mudA Aiman Tino pula, dia sedaya upaya mencuba menceburi pelbagai bidang bagi menambah pendapatan pada musim ini. Dia tidak hanya berpeluk tubuh dan berusaha keras termasuklah memulakan perniagaan menjual air berperisa manga.

“Buat masa ini saya memang taka da jemputan untuk persembahan.. Kalau ada pun hanya kemunculan di program tv je..”

Menurut Aiman Tino, kesan wabak ini terhadap industry adalah apa apa konsert persembahan tidak dibenarkan dan hanya program tv yang mengikut SOP sahaja diberi kebenaran untuk terus bersiar.

“Dah alang-alang tak buat apa ni saya cubalah macam macam perniagaan nak tambah pendapatan.. Dan terbaru ni saya jual air manga. Boleh lah untuk tambah pendapatan..”

Tambah Aiman, air minumannya itu mula dikeluarkan sejak isnin yang lalu dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Yang menariknya, Aiman Tino mengakui bahawa air manga itu adalah serratus peratus adalah hasil air tangan nya sendiri.

Selain memproses air manga itu sendiri Aiman juga bertindak menjadi runner sendiri bagi menghantar air yang dibeli peminatnya itu. Dia menjelaskan bahawa dia minat berniaga sejak usia masih kecil lagi dan disebabkan itu dia tidak ada rasa malu untuk sendiri turun padang.

Dalam masa yang sama, Aiman memberitahu bahawa dia akan tetap terus berniaga air minuman ini dengan menambah pelbagai perisa lagi walaupun ekonomi Negara semakin bertambah pulih. Dia juga berhasrat untuk menambah ejen bagi melariskan lagi jualan air jenamanya ini.

Kongsi artikel ini: