Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah cinta antara pelakon cantik Risteena Munim dan aktor kacak, Isa Khan bukan lagi rahsia. Mereka dilihat sering memuat naik momen-momen mesra di laman Instagram masing-masing.
Biar pun perkongsian tersebut mencipta buah mulut peminat yang seakan-akan kurang selesa, namun jelas Risteena dia hanya buat apa yang dia rasa betul sahaja. Memandangkan dia sendiri tidak pernah mengganggu urusan orang lain.
Tambahnya lagi, dia berhak untuk memuat naik apa sahaja perkongsian di media sosial selagi tidak mendatangkan keburukan para orang lain.
Semalam genap lah setahun perkenalan antara pasangan selebriti ini. Dalam menyambut ulang tahun tersebut, difahamkan Isa telah menghadiahkan kereta mewah yang dilengkapi dengan nombor pendaftaran istimewa buat tunangnya itu.
Menurut Risteena, hadiah yang diterima ini merupakan hasil kejayaan mereka bersama dalam mengusahakan minuman kesihatan jenama Lovit. Kereta ini membuktikan yang Isa sangat bekerja keras sehingga memperoleh segala yang dihajati.
Dalam pada itu, Risteena tidak menyangka dan tidak tahu menahu langsung berkaitan hadiah yang diterima ini. Memandangkan dia sendiri tidak menyediakan hadiah buat Isa sempena ulang tahun perkenalan mereka.
Apa yang pasti kereta ini adalah kegunaan bersama dalam menguruskan perniagaan mereka. Isa merupakan seorang yang sangat komited. Dia sanggup tidak mempedulikan makan dan tidur selagi impiannya tidak tercapai.
Disapa soal tarikh berkahwin, kakak kepada Ruhainies ini berkata yang mereka sedang merancang dan cuba mempercepatkan. Namun sehingga kini dia belum mampu memberi tarikh dan apa yang pasti akan diadakan pada penghujung tahun ini.
Urusan penyediaan perkahwinan mereka sedikit terganggu berikutan Negara dilanda pandemik baru-baru ini sehingga segala aktiviti dan perniagaan terpaksa diberhentikan operasi sementara.
Jadi, diharapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini membolehkan Risteena dan Isa membuat persiapan dengan baik. Peminat pun dah tak senang duduk mengharapkan mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.