Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Terpaksa Lupakan Honemoon, Tasha Shilla Dan Suami Hanya Penuhi Masa Dengan Ibadah

Bagi pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti banyak perancangan yang telah diatur terutamanya adalah untuk berbulan madu bersama pasangan di tempat-tempat yang menarik.

Walau bagaimanapun, kehadiran pandemik baru-baru ini telah mengubah lanskap keadaan baru dan mengehadkan pergerakan manusia. Sekali gus telah menyekat perancangan yang telah diaturkan selama ini.

TASHA DAN SUAMI AKUR LUPAKAN SEKETIKA HONEYMOON

Keadaan ini lah yang dilalui oleh pelakon jelita, Tasha Shilla yang terpaksa akur untuk melupakan seketika perancangan dia bersama suami untuk berbulan madu. Difahamkan Tasha dan suami, Atiq Idris telah memilih untuk berada di Tanah Suci.

Oleh kerana perintah kerajaan yang telah menutup pintu sempadan Negara memaksa mereka untuk menunda dan hanya menikmati momen-momen berbulan madu di rumah sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sama Macam Dulu! Penampilan Tasha Shilla Selepas Kahwin Terima Pujian Melambung Dari Netizen

Peminat mula perasan bahawa penampilan pelakon cantik ini banyak perbezaan berbanding sebelumnya. Sejak bergelar isteri, dia seakan ceria dan lengkap di sisi suami. Masing-masing tersenyum bahagia sepanjang bergambar bersama.

MANFAAT MASA BERSAMA, MELAKUKAN IBADAH

Jelas Tasha, selama menjalani arahan kerajaan untuk berada di rumah sepanjang tempoh PKP sehingga lah PKPP memberikan banyak kebaikan kepada pasangan suami isteri. Terutamanya memanfaatkan masa untuk beribadah bersama-sama.

Pandemik bukan lah penghalang untuk dia dan Atiq untuk berada di Tanah Suci. Tambah Tasha, dia dan suami tetap meneruskan niat untuk ke sana apabila keadaan semasa kembali pulih dan kerajaan Arab Saudi bersedia membuka sempadan Negara mereka.

BERSERAH PADA TUHAN SOAL REZEKI ANAK

Tempoh tiga bulan berumah tangga adalah masih baru buat pasangan ini. Fasa ini mereka berdua mengakui masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Bagi Tasha, suaminya masih sama seperti awal perkenalan dahulu.

Atiq seorang yang sangat positif dan jenis yang bangun pagi. Dia juga suka mengemas rumah, jadi meringankan kerja Tasha dalam seharian.

Bertanya soal cahaya mata pula, pasangan ini berserah kepada rezeki Tuhan. Mereka tiada perancangan soal anak dan apa yang diutamakan sekarang adalah menghargai detik bahagia bersama.

Kongsi artikel ini: