Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dakwa Minta RM10,000 Untuk Sejam, Pengacara TV Tampil Perjelas Sugu Pavithra Keliru Keadaan Sebenar

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai YouTuber terkenal iaitu Sugu dan Pavithra yang didakwa mulai demand berkaitan meminta bayaran yang sangat tinggi untuk muncul di salah sebuah program televisyen.

Awalnya, pengendali memberitahu yang pasangan tersebut meletakkan harga sekitar RM10,000 untuk mereka tampil komited. Sedangkan jumlah sedemikian dah hampir setaraf dengan selebriti terkenal iaitu Chef Wan.

Tidak berdiam diri, pasangan suami isteri terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar berbuat demikian. Jelasnya, mereka sebenarnya tidak mahu terlibat dengan mana-mana program televisyen dan pentingkan masa untuk keluarga.

Jadi, untuk mengelak, Pavithra terus meletakkan harga tinggi dengan harapan pihak produksi faham dengan kehendak asal mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula Tunjuk Belang, Sugu Pavithra Dakwa “Demand” Harga Tak Masuk Akal Utk Program TV. Ini Penjelasan Mereka
ANIM EZATI PERJELAS SITUASI SEBENAR

Dalam perkembangan terbaru, pengacara terkenal iaitu Anim Ezati Rizki tampil memberi penjelasan selepas isu ini hangat diperkatakan netizen. Menurut Anim, dia sendiri ada menghubungi Pavithra untuk menawarkan projek berkenaan untuk syarikat miliknya.

Berikut adalah perkara yang ditekankan oleh Anim:

“Guys, 2 benda korang kena tahu before nak attack I.”
1. I bukan from stesen TV seperti yang didakwa. I call wakil from my company. Untuk konten YouTube. For my client.
2. I tak pernah paksa dia untuk terima job ni.

Tambah Anim lagi, awalnya dia ada call pasangan YouTuber terkenal ini. Petama kali Mr Sugu yang angkat telefon berkenaan dan memaklumkan isterinya, Pavithra tiada di rumah.

Kemudian pada kali kedua baru lah Pavithra ada dan Anim terus menyampaikan hasrat untuk mengambil mereka sebagai talent. Pavithra memberitahu yang rate adalah RM10k untuk sejam.

Anim menjelaskan bahawa bayaran tersebut terlalu tinggi untuk pelanggannya dan terus menamatkan perbualan mereka. Setelah Anim memuat naik status berkaitan bayaran yang Pavithra letak, terus menjadi bualan ramai di media sosial.

SUGU PAVITHRA SALAH FAHAM ENTITI SEBENAR

Isu ini menjadi besar apabila pihak netizen tidak berpuas hati dan merasakan Anim memburukkan nama Sugu dan Pavithra. Tidak melengahkan masa, pengacara tersebut ada menghubungi semula Sugu dan Pavithra dan menjelaskan semula keadaan sebenar.

“So I called her this morning, minta maaf and tanya kenapa dia buat statement (cakap I paksa dan sebagainya), Pavithra pun said sorry to me, sebab statement tu salah.”
“Husband dia, Mr Sugu yang bagi statement tu. So dia akan betulkan semula dakwaan dan stesen tv yang nak shoot dia dengan I adalah dua entiti berbeza.”
“Dia confuse tentang itu. Itu sahaja. Sekian, jangan marah-marah lagi.” Terang Anim lanjut.

Sejak semalam, penulis yang berkongsikan artikel bayaran yang diminta oleh Sugu Pavithra bertalu-talu turut menerima tempiasnya. Walhal membaca adalah amalan mulia. Semoga penjelasan ini membuka mata orang ramai agar mendengar dari kedua belah pihak.

Kongsi artikel ini: