Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 Tahun Tu Tak Mudah, Allah Saje Tahu Betapa Susahnya. Fathia Latiff Kenang Kisah Cinta Aiman Hakim

Cinta merupakan rasa kasih sayang diantara dua individu yang saling melengkapi. Ada individu yang betul betul menghargai cinta dan cinta itu segalanya namun begitu ada juga hanya datang dan pergi. Berbeza dengan selebriti jelita, Fathia Latiff yang setia dengan cintanya.

Terdahulu, Fathia Latiff dikhabarkan hangat bercinta dengan Aiman Hakim Ridza selama dua tahun sebelum cinta mereka terputus ditengah jalan sejak lima tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu, Fathia Latiff mengalami kesukaran untuk melupakan kisah cinta mereka itu.

BUKAN MUDAH UNTUK MELUPAKAN

Terbaru, Fathia kembali berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan dan ingin memperbaiki dirinya kearah yang lebih baik.

Menurut Fathia, dia telah mengambil masa selama lima tahun untuk melupakan orang yang disayanginya itu dan move on daripada cinta bersama Aiman Hakim. Tambahnya lagi, bukan mudah untuk dirinya berbuat hal demikian tetapi dalam masa yang sama dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“Allah saje tahu macam mana susahnya nakmove on. 5 tahun tu tak mudah.. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhi perlahan lahan biarpun lambat..”

Dalam masa yang sama, Fathia bersyukur kerana akhirnya dia dapat melupakan sepenuhnya cinta tersebut dengan doa daripada keluarga dan juga semua peminat sekeliling. Dia akhirnya berjaya walaupun dia hanya dapat melakukan dengan sangat perlahan.

INGIN MAJU KEHADAPAN
“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta nak lupa semua kisah silam..”

Tambah Fathia lagi dia kini sangat gembira dengan kehidupan nya yang baru dan berhasrat untuk lebih maju kehadapan tanpa gangguan kisah silamnya yang terdahulu.

Sumber Instagram

Dia juga telah mengambil kesempatan untuk mendoakan kebahagiaan Aiman Hakim bersama surihatinya, Zahirah Macwilson yang sedang hangat di fasa bulan madu perkahwinan. Dia turut bergembira dengan kehidupan baru pasangan itu.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga..”
Kongsi artikel ini: