Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selepas Berpisah Dengan Da’i Farhan, Dr Erin Sekali Lagi Diuji

Jika disebut nama Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih mesra dipanggil Dr Erin mestilah ramai yang mengenali dengan kes kontroversi sejak berumahtangga dengan ustaz selebriti iaitu Da’i Farhan. Terbaru selepas berita perpisahan antara mereka, Dr Erin kelihatan sangat tenang meneruskan hidup.

Namun begitu, baru baru ini Dr Erin melalui akaun Instagram peribadi miliknya berkongsi kisah sedih mengenai keguguran anaknya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Da’I Farhan. Usia kandungan dipercayai baru memasuki usia dua bulan.

REDHA DENGAN PEMERGIAN ZURIAT

Dr Erin kini yang berusia 40 tahun itu menulis dengan sebak tentang keguguran yang dialami tetapi dalam masa yang sama dia berkata bahawa dia redha dengan ketentuan tersebut. Tulisnya ringkas lagi, dia berharap agar dapat bertemu zuriatnya itu di syurga kelak.

Sumber Instagram
“Aku serahkan rezeki ku hanya pada Allah penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki dan perancang..”

Dalam masa yang sama dia juga berserah kepada pencipta bahawa setiap yang berlaku itu adalah terbaik buat dirinya yang baru sahaja berpisah dengan bekas suami.

“Moga Allah temukan mama dengan anak mama Ahmad Fahrezzi Faisel di syurga nanti..”

Dalam perkongsian yang dimuat naik itu dia berkongsi satu petikan daripada Ustaz Dusuki mengena menamakan bayi dalam kandungan walaupun keguguran di usia yang masih awal. Kandungan mestilah diberi nama walaupun tidak diketahui jantina, dan yang paling elok adalah namakan sebagai bayi lelaki.

Walau apa yang berlaku kita tidak sehrusnya sedih kerana anak itu sedang menunggu kita disyurga kelak. Dengan itu, kita mestilah berbuat aml kebaikan di dunia demi untuk kebahagian di akhirat kelak bersama anak syurga.

Terdahulu, selepas berita perpisahannya dengan bekas suami, Dr Erin telah berkongsi bahawa dia kini sedang berbadan dua dan sihat disamping anak anaknya yang lain. Dr Erin dan Da’I Farhan berkahwin di Kota Mekah pada November tahun lalu.

Kongsi artikel ini: