Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rasanya tidak perlu lagi penulis perkenalkan YouTuber, Sugu Pavithra yang mula mencanak naik di platform tersebut dalam masa yang singkat. Bagi penulis, pasangan suami isteri ini sangat bertuah kerana berjaya meraih ratusan ribu subscribers dalam tempoh singkat.
Bermula hanya suka-suka berkongsikan video masakan di YouTube pada awal Januari lalu, kini Sugu dan Pavithra mampu tersenyum lebar dek kerana bayaran yang diterima oleh Google Adsense jauh lebih baik dari kerja hakiki Sugu di ladang kelapa sawit sebelum ini.
Pendapatan dari YouTube ini juga dapat menampung mereka sekeluarga sehingga mampu untuk berpindah ke rumah baru yang jauh lebih besar dan selesa berbanding kuaters di ladang, tempat tinggal lama mereka dahulu.
Walau bagaimanapun, disebalik kejayaan yang diraih oleh pasangan suami isteri ini timbul pula isu yang kurang menyenangkan. Difahamkan pengendali program masakan di televisyen mendakwa pasangan tersebut mula “demand” dan meletakkan bayaran tinggi.
Biar pun program yang cuba pengendali ketengahkan hanya lah selama satu jam sahaja tetapi Sugu dan Pavithra meletakkan harga sehingga RM10,000 untuk mereka komited.
Dikatakan jumlah bayaran diminta Sugu Pavithra dah setaraf dengan chef selebriti terkenal, iaitu Chef Wan. Tidak mendiamkan diri, pasangan YouTuber ini tampil menjelaskan perkara sebenar agar tidak terus jadi salah faham.
Jelas mereka, seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat secara langsung dengan mana-mana program masakan di kaca tv. Selama ini pun mereka tidak henti-henti mendapat permintaan untuk ditemubual.
Disebabkan jadual dan masa mereka terlalu padat, Sugu dan Pavithra tidak mempunyai masa yang cukup dalam menguruskan hal keluarga. Apabila menerima panggilan yang mendesak sedemikian, maka mereka terus meletakkan harga sedemikian walhal enggan terlibat pun.
Buat masa sekarang, tumpuan mereka hanya lah pada platform YouTube sahaja dalam berkongsikan video masakan.