Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bergelar ibu tunggal bukan lah suatu perkara mudah yang perlu dilalui oleh seorang wanita. Memegang tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa sekali gus memberi cabaran besar dalam membesarkan anak-anak agar dapat membesar dengan baik.
Berkongsi pengalaman hidup menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua orang anak teruna, pelakon cantik iaitu Rita Rudaini meluahkan rasa syukur berjaya menjalaninya biar pun tidak lah sempurna seperti orang lain.
Menurut Rita, biar pun banyak kekurangan dia sangat bertuah kerana anak sulungnya berjaya menjadi imam untuk solat Aidil Fitri ketika menyambut Syawal yang lalu.
Tambah Rita lagi yang sempat mengimbau perangai lamanya, dia mengaku pernah leka ketika meniti usia remaja. Dek kerana pengalaman lamanya itu dia tidak mahu anak-anak turut leka dengan kehidupan dunia.
Jadi, untuk memastikan anak-anak berada pada landasan yang betul, pelakon ini mahu jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka. Selain penuhkan ilmu agama di dada, Rita juga mahu anak-anak merendah diri serta menghormati manusia lain.
Jika ada buat silap, terus minta maaf kepada individu tersebut baru lah hati akan tenang. Didikan sebegini sangat lah penting kerana sikap anak melambangkan peribadi penjaga mereka di mata orang ramai.
Dalam pada itu, Rita juga tidak berselindung dengan anak-anak. Dia sering sahaja berkongsikan cerita mengenai kesilapan-kesilapan yang pernah dilaluinya dahulu. Justeru dia bertindak tegas agar mereka tidak rugi di hari tua kelak.
Sehingga kini Rita masih belum menemui pengganti setelah rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan menemui kegagalan pada tahun 2008. Hampir 12 tahun Rita bergerak sendiri membesarkan kedua anaknya iaitu Aarit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.