Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

“Ada Hati Yang Perlu Saya Jaga” – Amar Baharin

Peradaban manusia menemui jalan hidup dan perlu membiasakan norma baharu selepas dilanda wabak Covid-19 baru-baru ini. Bagi memastikan keadaan sentiasa selamat dan juga rantaian wabak dapat dicegah, kerajaan Malaysia telah menetapkan prosidur baru dalam setiap perkara.

Maksud prosidur baru ini adalah pematuhan wajib bagi syarikat atau mana-mana perusahaan yang ingin meneruskan operasi mereka dalam menjalani prosidur standard (SOP) dalam setiap pergerakan perniagaan.

ARTIS DAH PUN MULA SHOOTING MENGIKUT SOP BAHARU

Ianya berkuatkuasa pada 10 Jun lalu di mana semua pihak perlu mematuhi arahan kerajaan ini jika ingin meneruskan aktiviti lama dalam keadaan yang baru. Dalam mengulas soal SOP tersebut, pelakon terkenal Amar Baharin tampil menyambut baik perkara ini.

Jelas Amar dia berasa sangat lega kerana dengan SOP ini segala adengan bersentuhan atau pun intim dapat dielakkan. Tambah Amar, sebelum ini hal tersebut kurang selesa untuk dilakukan sejak akhir-akhir ini.

ADA HATI YANG PERLU DIJAGA- AMAR BAHARIN

Memandangkan Amar sudah pun berkahwin jadi ada hati yang perlu dia jaga. Selagi perkara boleh dielak, Amar akan cuba sedaya upaya untuk mengelaknya. Justeru tiada lah netizen atau orang luar akan mengata rumah tangga yang dibina.

Amar dilihat lebih matang apabila mengulas perihal babak bersentuhan atau pun intim. Kalau boleh Amar mahu kan keredhaan dan juga berkat dalam setiap kerjanya di kaca televisyen, dan bukan bayaran semata-mata.

BOLEH JE BERLAKON TANPA ADENGAN BERSENTUHAN, PANDEMIK MEMBUKTIKAN

Selain itu, Amar memberitahu sebenarnya ada sahaja jalan atau langkah untuk mengelak dari berlaku babak sedemikian. Lihat sahaja kehadiran pandemik ini yang membuktikan tanpa elemen tersebut, hasilnya masih memuaskan.

“Babak-babak intim dan rapat adalah pilihan orang di situ sendiri. Sekarang tanpa babak begitu pun kita boleh shooting dan terbukti sekarang semua orang buat begitu.” Memetik kenyataannya kepada Harian Metro.

Konklusinya pandemik mengajar manusia erti kehidupan sebenar. Mungkin selama ini ramai antara kita lalai dan terlepas pandang soal agama. Jadi dengan kehadiran”nya” mengubah persepsi manusia tentang hak sebenar sebagai hambaNya.

Kongsi artikel ini: