Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tolak Tepi Pangkat Yg Ada! “Sikap” Bos Besar Shell Bantu Pelanggan Buat Netizen Kagum

Sesorang individu akan dipandang tinggi oleh kerana harta dan pangkat yang dimiliki, namun akan berbeza kepada perwatakan individu itu sendiri. Ada sesetengah individu berjawatan tinggi tetapi tetap mesra dengan pekerja bawahan dan juga pelanggan.

Ada individu yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat tetapi masih lagi turun padang untuk melakukan tugas-tugas seperti kakitangan yang lain tanpa rasa kekok.

Seperti yang ditunjuk contoh oleh Pengarah Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Hussain yang sering kali menjadi perhatian di media sosial dengan perwatakan seorang ketua yang merendah diri.

Sumber Instagram
MESRA DENGAN STAFF BAWAHAN DAN PELANGGAN

Terdahulu, Shairan Huzani menjadi viral di laman sosial Instagram dengan akaun peribadi miliknya yang sentiasa berkongsikan kerja kerja di stesen Shell dan juga pengurusan di syarikat itu. Ramai yang sukakan pendekatan seperti itu ianya lebih dekat dengan pengguna dan kakitangan lain.

Terbaru menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Reza Zainal yang memuat naik foto yang memaparkan Pengarah Urusan ini sedang membantu pengguna stesen minyaknya bagi mengisi minyak di cawangan stesen minyak tersebut.

Sumber Instagram

Pengarah Urusan ini lebih mesra dikenali sebagai Pak Cik Shell itu kelihatan begitu mesra dan sangat merendah diri melayan pelanggan di cawangan stesen tersebut ketika itu. Hal ini menyebabkan warganet menjadikan dia sebagai idola yang baik untuk dicontohi sebagai seorang yang berjawatan tinggi.

“Bukan pekerja stesen minyak biasa ni.. ni Director of Shell Trading ni iaitu Pak Cik Shell.. Always an inspiration..”
Sumber Reza Zainal
“When you talk to him, you know that he is something special. Malu tengok dia buat kerja, kita pulak duduk dalam office..”

Menurut luahan Reza Zainal dia sangat mengkagumi tingkah laku yang telah dilakukan oleh Pak Cik Shell ini dan berasa sangat malu dengan tindakan tersebut. Sebagai seorang yang berjawatan tinggi, dia masih melakukan kerja kakitangannya bagi mendekatkan lagi dirinya dengan pelanggan.

Contoh yang baik seperti ini boleh dijadikan panduan bagi kita semua yang bakal menjadi orang yang berpangkat tinggi suatu masa nanti agar sentiasa tidak lupa denga nasal usul.

Sumber: Reza Zainal

Kongsi artikel ini: