Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Jaga Sensitiviti Muslim! Ikuti Penjelasan dUck Tarik Balik Penjualan Produk Tie X Marvel

Kebiasaannya sambutan hari bapa akan disambut pada bulan Jun setiap tahun. Hari Bapa merupakan hari penghormatan buat lelaki yang bergelar bapa kerana telah bersusah payah dan berkorban demi kebahagiaan keluarga.

Sudah menjadi normal, sambutan hari bapa disambut dengan pemberian hadiah sebagai tanda penghargaan. Dengan itu, beberapa hari yang lalu dUck Group telah mengumumkan satu projek kolaborasi bersama Marvel bagi produk terbaru sempena sambutan Hari Bapa.

MARVEL X dUck

Bagi peminat tegar jenama dUck, ramai yang menunggu koleksi ini yang dijangka bakal memberi kelainan dan keunikan baru dalam kolaborasi tersebut.

Melalui media sosial rasmi dUck Group, beberapa barang yang dikeluarkan diberikan pengenalan sedikit demi sedikit dan membuatkan ramai peminat tidak sabra menunggu. Barang pertama yang di keluarkan oleh dUck Group untuk kolaborasi bersama Marvel adalah tudung yang mempunyai 5 warna yang berbeza.

Dalam beberapa minit, item yang dijual itu telah pun habis terjual di dalam talian. Corak diketengahkan adalah seolah olah adiwira “Iron Man” sesuai dengan tema hari bapa. Namun begitu, selain daripada tudung, produk tali leher juga telah pun dikeluarkan sempena kolaborasi bersama Marvel ini.

 

TALI LEHER DARIPADA 100% SUTERA

Tali leher merupakan satu hadiah yang sesuai bagi kaum lelaki bergelar bapa sebagai salah satu aksesori. Namun begitu, produk tali leher yang dikeluarkan oleh dUck Group telah menjadi perhatian ramai yang memberi beberapa kritikan di media sosial sejak dikeluarkan pada awal hari ini.

Ramai warganet yang mempertikaikan pengeluaran produk itu yang diperbuat daripada 100% sutera seperti syarikat ini mengabaikan hukum. Seperti yang semua tahu, kaum lelaki yang beragama islam dilarang dan diharamkan memakai barangan dan pakaian yang diperbuat daripada sutera asli dan juga emas.

Isu ini merupakan sesuatu yang sensitif dan menjadi pertikaian antara kaum lelaki di media sosial. selain kolaborasi yang dikritik, dUck menerima pelbagai teguran hebat disebabkan tidak membuat analisa bagi sesuatu produk yang dikeluarkan.

HENTIKAN PENJUALAN DAN BERI PADA FRONTLINER

Setelah menerima maklum balas daripada ramai orang, dengan segera dUck telah memberhentikan penjualan produk tali leher itu melalui satu pengumuman yang dibuat di Instagram. Dalam masa yang sama, dUck telah berjanji bahawa akan memulangkan wang kepada pelanggan muslim yang berjaya membeli.

Sebagai tanda memohon maaf juga dUck Group telah membuat keputusan bagi menghadiahkan tali leher ini kepada para barisan hadapan yang bukan islam sebagai hadiah penghargaan. Pihak produksi dUck kelihatan kesal dengan kecuaian dalam pengeluaran produk ini.

Namun begitu, ramai juga warganet uang memuji tindakan pantas daripada pihak pengurusan lalu membuat keputusan bagi menghadiahkan kepada para barisan hadapan yang sudah bertungkus lumus menyelamatkan kita semua daripada wabak COVID-19.

Kongsi artikel ini: