Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan Rasa Terlepas, Tekong & Dalang PATI Kini Hangat Diburu

Semua sudah maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara menyebabkan semua orang duduk dirumah tanpa kemana mana termasuklah sempadan negara ditutup rapi.

Dengan itu, anggota keselamatan dikerah untuk menjaga sempadan negara dengan ketat agar tiada pencerobohan berlaku. Hal ini adalah bagi mengelak wabak pandemik ini menular dari negara ke negara lain.

Namun begitu, penjagaan sempadan yang ketat juga adalah bagi membanteras kemasukan warga asing tanpa dokumen melalui jalan jalan tikus seperti sempadan laut dan juga lain lain.

AMARAN BUAT PATI TELAH KELUAR

Terdahulu banyak kemasukan warga asing tanpa izin sebagai contohnya bangsa Rohingya yang sengaja merosakkan kapal mereka di perairan Malaysia bagi alasan untuk menetap di negara kita. Pendatang asing tanpa izin (PATI) ini banyak menyusahkan pihak kerajaan lagi-lagi pada musim pandemik ini.

Satu poster yang dilihat begitu tegas berupa amaran kepada tekong, dalang dan PATI yang berani menceroboh negara Malaysia dilihat dikeluarkan oleh pihak Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tular di media sosial.

Poster ini bagi menguar-uarkan usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi membanteras kemasukan PATI sewenang-wenangnya.

RAMAI DITAHAN SEPANJANG OPS BENTENG

Semenjak penularan wabak COVID-19 ini satu operasi yang dikenal sebagai Ops Benteng telah dikuat kuasa bagi memperhebatkan lagi pengangkapan warga PATI. Melalui laporan media sosial TUDM, operasi itu telah berjaya menahan 850 PATI dan 153 tekong yang cuba untuk memasuki sempadan negara tanpa sebarang dokumen lengkap.

Sejak operasi Mei lalu, 12 individu ditahan yang disyaki sebagai penyeludup serta 18 buah kapal telah berjaya ditumpaskan oleh pihak anggota keselamatan negara.

SAMA SAMA MEMBANTU USAHA KERAJAAN

Susulan hal ini, menerusi laman sosial TUDM memohon agar rakyat Malaysia membantu usaha kerajaan dalam membanteras jenayah termasuklah kemasukan warga asing tanpa izin dengan membuat laporan kepada pihak yang berkuasa.

Langkah ini adalah bagi membantu pihak kerajaan dan anggota keselamatan dalam membanteras kegiatan salah ini demi kesejahteraan negara Malaysia.

Kongsi artikel ini: