Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Menyambut cahaya mata merupakan detik yang paling dinanti-nanti bagi setiap pasangan yang berkahwin. Di saat ini lah seorang isteri memerlukan suami untuk kekal berada di sisi sebagai teman dan juga mendapatkan semangat yang positif.
Biar pun berasa perit tetapi momen melahirkan cahaya mata adalah paling terindah dalam diri seorang wanita. Di sini mereka dilihatkan pahit jerih seorang ibu dalam mengorbankan diri demi kasih sayang kepada anak.
Berkongsi detik istimewa ini, isteri kepada pelawak terkenal Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti berkongsi perasaan mengenai detik-detik akhir dia dan suami menyambut kedatangan ahli keluarga baru mereka baru-baru ini.
Sebagai rekod, pada 6 Jun lalu pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka. Sari Yanti selamat melahirkan seorang bayi lelaki sihat seberat 3.34 kg secara normal.
Melahirkan anak kedua kepada Jep merupakan saat yang paling diingati oleh Sari. Mana tidaknya, pada ketika itu Negara kita masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana segala pergerakan sangat lah terbatas.
Jadi, pada hari bersalin, Sari hanya ditemani oleh Jep sahaja, tidak seperti sebelum ini yang mana ibu bapanya akan berada di sisi untuk menemaninya di hospital.
JEP SAMPAI NAK MENANGIS
Menurut Sari, suaminya sangat berlainan tidak seperti kebiasaan peminat menonton di kaca televisyen. Jep merupakan suami yang sangta bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam segala hal.
Dan ketika proses bersalin, Jep berasa sangat gusar berikutan pada awalnya jangkaan pada tengah hari namun berlanjutan sehingga ke malam. Dek kerana terlalu risau keadaan Sari dan juga kandungan, Jep seolah-olah tak dapat mengawal perasaan seperti ingin menangis.
Detik mencemaskan akhirnya berakhir apabila bayi pasangan sama cantik sama padan ini selamat disambut pada jam 11.44 malam. Sari sangat bersyukur kerana dia masih ditemani suami tersayang sewaktu berjuang di dalam dewan bersalin.
Dia memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dipermudahkan segala urusan sepanjang bersalin. Tidak lupa juga Sari Yanti menitipkan ucapan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan dia dan bayi tempoh hari.
Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu dan isteri sangat lah besar dan perlu kita hargai. Biar pun proses bersalin dilihat mudah namun mereka yang pernah melaluinya sahaja diberi kesempatan untuk merasai indah dalam perit untuk memiliki zuriat.