Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Small Matter, “Lagak” Elly Mazlein Tercabut Kasut Ketika Live Buat Penonton Tak Kering Gusi

Program Meletop yang bersiaran setiap Selasa di Astro sememangnya menjadi kegilaan ramai dengan isu semasa dan kontroversi yang dikupas pada setiap minggu. Selepas bersaranya Neelofa sebagai hos, Nabil Ahmad sering digandingkan dengan beberpa selebriti lain.

Kebelakangan ini, Elly Mazlein sering kali menjadi hos jemputan di Program Meletop tersebut. Gelagat EllY Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom ini sering kali menjadi perhatian warganet dengan aksi lucunya.

KASUT TERCABUT SEBELUM NAK BERAKSI NYANYI

Terbaru, Kak Lina telah membuat satu aksi yang bersahaja dan membuatkan ramai penonton dan kru terhibur ketika sedang bersiaran langsung. Ketika sedang asyik cuba menyanyi duet bersama Azmi Caliph Busker, kasut yang dipakai oleh Kak Lina tiba tiba terputus.

Sumber Instagram

Dengan bersahaja, Kak Lina meneruskan nyanyian nya sambil diperhatikan oleh Nabil Ahmad sambil ketawa. Aksi itu kelihatan tidak kekok untuk Kak Lina dan dia bertindak dengan professional.

“Macam mana ni.. kasut pun dah tercabut..”
Sumber Instagram
SEMPAT LAGI NAK CATWALK

Walaupun dia meneruskan nyanyian dengan bersahaja dia sempat berseloroh bahawa kasutnya sudah terputus tali dan apa yang nak dilakukan. Nabil Ahmad cuba membuat Kak Lina bertenang dengan mengatakan untuk tukar kasut yang lain semasa pertukaran iklan nanti.

Sumber Instagram

Namun begitu, perkara ini tidak membuatkan Kak Lina panik walaupun dia sendiri hampir jatuh tersadung. Bagi menambahkan lagi keceriaan dan membuatkan keadaan menjadi normal Kak Lina dengan segera membuat pergerakan ala-ala model berjalan catwalk di runaway.

 

View this post on Instagram

 

Tak pernah pernah hos catwalk kaki ayam 🤣 pecah Kak Lina @iamellymazlein malam ni, comel je hahaha! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kejadian itu diulang tayang melalui video pendek yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Kak Lina Pom Pom dan mendapat pelbagai respon positif daripada para peminat. Rata rata warganet memuji tindakan Kak Lina yang spontan dan kelakar tersebut.

Kongsi artikel ini: