Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang sering kali muncul di media sosial dengan kerja amal yang dilakukan diseluruh Malaysia tak asing lagi untuk semua. Ustaz Ebit Lew merupakan seorang idola kepada warganet termasuklah menjadi inspirasi untuk selalu berbuat baik kepada isteri.
Bantuan yang disalurkan sepanjang tempoh PKP yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac yang lalu memberikan reaksi positif dan manfaat buat golongan yang kurang mampu.
BACA : Ustaz Romantis! Video Aidilfitri ala Bollywood Ebit Lew dan bidadari buat netizen kagum
Ustaz Ebit Lew juga tidak lokek berkongsi kisah kehidupan keluarga kecilnya di media sosial untuk dijadikan contoh dan panduan buat semua.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew memuat naik satu video pendek yang dirakam semasa membuat kejutan hari lahir buat isteri tercinta yang mesra dipanggil bidadari. Kejutan penuh meriah disamping belon dan kek itu kelihatan begitu romantis.
Di samping kejutan itu, Ebit Lew juga menitipkan ucapan yang romantik buat si isteri dengan penuh rasa cinta. Melalui kapsyen yang panjang itu, Ebit Lew seolah tiada kata kata yang dapat digambarkan betapa dia menghargai kehadiran isterinya itu.
Dalam ucapan itu, Ebit Lew mengucapkan terima kasih buat isterinya yang sanggup bergadai nyawa sebanyak 4 kali demi melahirkan zuriat mereka. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 4 org cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Di samping itu, Ustaz Ebit Lew juga mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dengan kehadiran seorang isteri yang sempurna dimatanya. Tambahnya lagi, isterinya juga sanggup berkorban dan memahami kerjaya dia.
Melalui kata kata romantis yang diucapkan Ustaz Ebit Lew itu, terlihat lah dia mengangkat tinggi darjat seorang wanita yang bergelar isteri yang sanggup berkorban segalanya demi rumahtangga.
Dalam masa yang sama, posting yang dimuat naik ini mendapat perhatian warganet di ruangan komen yang rata rata mendoakan agar mereka terus berbahagia dan dimudahkan segala urusan kelak.