Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap individu yang mempunyai pendapatan mestilah tidak melupakan tanggungjawab untuk membayar zakat. Bagi yang Muslim pula membayar zakat adalah rukun Islam yang kelima bagi yang berkemampuan.
Pelakon dan usahawan terkenal atau lebih dikenali sebagai Presiden Tik Tok Malaysia iaitu Aeril Zafrel baru baru ini telah berkongsikan satu foto yang menarik perhatian peminatnya di laman sosial Instagram milik peribadinya.
Dalam foto tersebut, Aeril Zafrel kelihatan bersama dengan Lembaga Zakat Selangor bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim dan juga usahawan yang berjaya. Aeril kini sedang mengusahakan kosmetik bersama dengan isteri cantik jelita, Wawa Zainal.
Walaupun dia sibuk dengan jadual penggambara sebagai seorang pelakon namun dia tidak melupakan tanggungjawabnya yang wajib. Tambahnya lagi dia sangat bersyukur kerana dapat membayar zakat sebulan sekali.
Jika dibandingkan dengan dahulu, dia hanya akan membayar zakat sekali pada setiap tahun sahaja.
Dalam mas ayang sama, Aeril meminta agar peminatnya mendoakan agar dia berterusan membayar hak perniagaan dirinya untuk saudara-saudara yang seiman dengannya. Aeril dan Wawa merupakan salah satu pasangan yang menjadi inspirasi buat warganet dengan kejayaan bersama yang dikecapi itu.
Mereka berdua juga sering kali menjadi tumpuan ramai lebih lebih lagi dengan video pendek Tik Tok yang dihasilkan itu menghiburkan hati warganet. Dalam posting terbaru yang dimuat Aeril Zafrel ini dia memberi pesan agar peminatnya juga mengamalkan bayaran zakat seperti yang sepatutnya.
Perkongsian yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan ramai yang memujinya di ruangan komen. Warganet bersyukur kerana selebriti seperti ini dapat dijadikan idola bagi melakukan amalan yang wajib.