Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akhirnya Sugu Pavithra Dapat Merasa Rumah Baru! Siap Belanja Momen Manis Masuk Rumah

Pada era moden sekarang, ramai dikalangan warganet yang ingin mencuba mencurahkan idea kreatif melalui video dan banyak platform yang boleh digunakan seperti Youtube. Bagi rakyat Malaysia, Youtuber Sugu Pavithra tak lagi asing di laman sosial Youtube.

Pasangan Youtuber berbangsa Hindu ini bermula dengan berkongsi resepi masakan Indian yang sangat senang dan sesuai dengan selera ramai.

MENDAPAT PENGHARGAAN PM, JUGA FASIH BERBAHASA MELAYU

Dengan nama yang melonjak naik, pasangan ini telah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri kelapan dan telah menerima beberapa hadiah sumbangan daripada beliau. Sugu Pavithra tidak kekok berkongsi kegembiraan itu di salah satu videonya.

Sumber Youtube

Pasangan Youtuber ini menjadi pilihan ramai kerana kesemua video yang dikongsikan itu adalah didalam Bahasa Melayu. Sugu Pavithra tidak kekok berbahasa Melayu dan sangat fasih menggunakannya.

Selain berkongsi resepi masakan, dia juga sering kali berkongsi tips bagi menjaga kebersihan dapur dan peralatan memasak yang senang diikuti oleh semua kerana bahan yang digunakan juga sangat simple dan mampu dipakai oleh semua.

MERUPAKAN IKON PERPADUAN

Sikapnya yang bersahaja tanpa sebarang lakonan menjadikan dia diminati dan mendapat pengikut di Youtube dengan ramai dalam jangka masa yang singkat. Dia bukan sahaja diminati di Malaysia, malah ada juga pasangan Jepun yang mencuba resepi masakan yang dikongsikan.

Sumber Youtube

Terdahulu, pasangan ini telah dijadikan sebagai duta perpaduan atau ikon tertentu termasuklah masakan.

GEMBIRA DAPAT PINDAH KE RUMAH BARU

Melalui salah satu video yang dimuat naik di laman Youtube, pasangan ini telah berkongsi berita yang sangat gembira apabila mereka akhirnya dapat berpindah kerumah baru. Difahamkan, mereka sebelum ini tinggal di kuarters pekerja ladang.

Video berdurasi 9 minit itu menunjukkan rumah yang baru dipindah di Sg Siput iaitu di pecan yang tidak jauh daripada rumah mertuanya. Ternampak wajah yang ceria sambil mereka sekeluarga membersihkan rumah yang bakal didiami itu.

Difahamkan, M Sugu telahpun mengambil keputusan bagi berhenti kerja dan ingin memberi sepenuh perhatian bagi penghasilan video dimasa akan datang. Tambahnya lagi, mereka berhasrat bagi meningkatkan lagi kualiti video yang dihasilkan.

Pasangan ini tidak menyangka bahawa mereka dapat menjana pendapatan yang lumayan melalui Youtube yang dimulakan sejak Januari tahun ini. Semoga pasangan ini terus bersemangat untuk hasilkan video resepi masakan untuk dicuba oleh semua.

Kongsi artikel ini: