Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak kebelakangan ini, dilihat keakraban pasangan selebriti Fizo Omar dan Azar Azmi menjadi tanda tanya kepada warganet apabila mereka sering kali berkongsi foto masing masing di akaun sosial media peribadi.
Kedua-dua belah pihak tidak pernah memberi sebarang kenyataan umum mengenai hubungan antara mereka. Walaubagaimanapun netizen dapat menghidu dengan senidirinya melalui perkongsian yang dimuat naik oleh kedua dua selebriti yang solo ini.
Terbaru, melalui posting yang telah dimuat naik oleh Azar Azmi sendiri di akaun Instagram milik peribadinya telah menjadi perhatian warganet. Beberapa keping foto yang dimuat naik bersama kapsyen yang seakan mengiyakan hubungan mesra yang terjalin antara mereka.
Gambar yang lebih kurang sama juga telah dimuat naik oleh Fizo Omar dengan kapsyen yang bersahaja di akaun Fizo juga. Beberapa keping foto itu adalah berkisar tentang hobi menunggang motor off-road Fizo bersama sama teman dan juga diikuti dengan Azar Azmi yang mencuba hobi baru.
Kapsyen Azar Azmi di foto itu adalah mengenai luahan rasa terima kasih buat kekasih hatinya yang sering kali memberi semangat untuknya. Menurut Azar Azmi juga, Fizo merupakan insan yang sering kali mengusik dirinya.
Panggilan yang dibahasakan untuk Azar Azmi daripada Fizo Omar adalah Mek Ja dan hal ini membuatkan mereka kelihatan lebih rapat dan mesra.
Dalam masa yang sama, foto tersebut mendapat komen positif daripada ramai rakan artis dan juga para peminat yang masing-masing mendoakan hbungan mereka berdua berkekalan dan berakhir dengan yang baik baik sahaja.
Terdahulu, Azar Azmi pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penerbit filem, namun tiada jodoh antara mereka kerana hubungan hanya bertahan sebelum bernikah. Manakala Fizo pula merupakan bapa tunggal kepada seorang puteri kecil hasil perkahwinan dengan Mawar yang berakhir sejak tahun lalu.
Sumber : Azar Azmi