Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Netizen Pertikai Wanita Tunggang Motosikal Dari KL Ke Ipoh, Ini Penjelasan Suami Yg Ramai Tak Tahu

Betuah bagi mereka yang memiliki cinta. Rasa cinta membuatkan seseorang berasa sangat bahagia dan sanggup melakukan apa sahaja. Cinta kadang kala didefinisikan sebagai buta, ada pula menyifatkan ianya anugerah.

Ia bergantung kepada kejujuran seseorang itu dalam menghargai pasangan masing-masing. Dalam perkahwinan sudah pasti memerlukan rasa kasih dan juga diiringi cinta baru lah hubungan menjadi lebih erat.

ISTERI SANGGUP BONCENG MOTOR DARI KL KE IPOH

Bercerita soal cinta dalam rumah tangga, baru-baru ini perkongsian seorang lelaki di media sosial telah menarik perhatian ramai. Dia yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Ibrahim telah berkongsi cerita pengorbanan isterinya.

Video yang dirakam Firdaus menunjukkan si isteri, Siti Fatimah Mohd Nor gigih menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Momen tersebut menjadi tanda tanya ramai, kenapa bukan Firdaus sendiri yang menunggangnya.

Sebenarnya ada kisah sedih yang menimpa mereka sebelum ini. Dikhabarkan Firdaus mengalami lmpuh untuk kedua belah kakinya akibat satu kemlangan ketika dia berusia 16 tahun. Dan sejak dari itu pergerakannya menjadi sangat terbatas.

KEADAAN MEMAKSA MEREKA UNTUK BERPINDAH

Tambah Firdaus lagi, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini telah memaksa mereka untuk berhijrah ke Ipoh bagi mendapatkan pekerjaan yang baru.

Mungkin di mata umum, sangat janggal melihat seorang wanita yang menunggang motosikal pada jarak yang sangat jauh. Menurut Firdaus, isterinya sudah biasa berbuat demikian sebelum ini, terutama ketika zaman belajar dulu.

“Isteri kata dah biasa ride jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang, Terengganu. Biar pun orangnya kecil tetapi berjiwa besar.” Seloroh Firdaus.

FOLLOW ISTERI DARI BELAKANG

Tidak membiarkan isteri keseorangan, Firdaus yang juga merupakan atlet paralimpik Negara akan memastikan kekal berada 100 meter di belakang Fatimah bagi menjamin keselamatan isteri dan memantau pergerakan motosikal yang ditunggang.

Suami mana yang tidak rasa bersalah melihat kasihnya isteri sanggup berkorban demi suami. Sukar untuk digambarkan rasa bersalah, berkali kali Firdaus memohon maaf dan juga berterima kasih kepada Fatimah kerana sanggup untuk susah senang bersama-sama.

Ini lah yang dinamakan perngorbanan dalam kebahagiaan berumah tangga. Bercinta bukan lah pada masa senang sahaja, bahkan sentiasa ada di kala susah. Semoga kisah cinta Fatimah dan Firdaus menjadi inspirasi buat orang ramai.

Kongsi artikel ini: