Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu, ramai selebriti yang berkongsikan berita gembira rezeki cahaya mata yang bakal dilahirkan. Memang menjadi impian untuk pasangan berkahwin untuk menimang zuriat hasil perkahwinan.
Bagi bekas peserta Dewi Remaja yang jelita, Mawar Rashid berkongsi berita kehamilan dengan para peminat di laman sosial untuk kali kedua. Menurut Mawar kehamilan kali kedua ini sungguh mencabar buat dirinya.
Mawar Rashid kini mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan suami, Raf Yaakob. Menurut Mawar dia mengalami alahan yang sangat teruk berbanding dengan kehamilan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.
Tambah Mawar lagi, dia sangat bersyukur dengan rezeki cahaya mata kedua ini bagi mnyerikan lagi perkahwinan yang dibina. Dalam masa yang sama, Mawar meminta agar para peminatnya mendoakan kesihatannya dan bayi didalam kandungan agar sentiasa sihat dan selamat.
Satu perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya menarik perhatian peminat apabila Mawar dengan rendah diri meminta maaf kerana dia tidak dapat menunaikan hajat peminat untuk melakukan Tik Tok Challenge ‘Barbie’.
Hal ini adalah kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan untuk dia melakukan video pendek Tik Tok.
Dalam ruangan komen foto tersebut, ramai netizen yang mengucapkan ucapan tahniah dan juga mendoakan Mawar dan bayi agar berada dalam keadaan yang sihat dan urusan kehamilan lancar.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumahtangga pada akhir November 2017 didalam satu majlis yang gilang gemilang dengan hadirin rakan artis dan keluarga. Semoga rumahtangga mereka terus berseri dengan kehadiran cahaya mata kedua yang bakal lahir.