Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lama Tak Dengar Cerita, Safiey Illias Rungkai Penyakit Dialaminya Hingga 6 Bulan Hidup Tak Tentu Arah

Dah lama rasanya tak dengar kisah usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias dari mana-mana portal hiburan sejak akhir-akhir ini. Namanya dulu menjadi bualan ramai gara-gara tindakannya seperti lalang, sekejap berubah kepada baik kemudiannya beralih kepada perangai lama.

Sudah pasti tindakan sedemikian rupa membuatkan netizen menjadi muak dan enggan ambil kisah mengenai perjalanan hidup usahawan muda ini. Namun ada yang masih memberikan kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat Safiey.

EMOSI SERING TERGANGGU

Dalam perkembangan terbaru figura ini, Safiey Illias mendedahkan kepada umum yang dirinya pernah mengalami Bipolar Disorder. Bagi yang tidak tahu, Bipolar Disorder ini adalah depresi yang mana membuatkan seseorang itu mengalami emosi yang sering berubah-ubah.

Terpalit dengan situasi ini sudah pasti memberikan impak besar dalam hidup Safiey. Menurutnya, penyakit ini membuatkan dia berada dalam keadaan tak tentu arah dan hampir enam bulan dia terpaksa melaluinya seorang diri tanpa orang lain sedar.

Mengenangkan kisah silam, Safiey sangat bersyukur kerana kedua ibu bapanya sentiasa ada di sisi menyokong dia agar terus kuat semangat dan mendoakan yang terbaik buatnya.

ENAM BULAN HIDUP TAK TENTU HALA

Tambah Safiey lagi, selama berdepan situasi tersebut, dia menjadi kurang aktif. Perasaannya sering dibelengu dengan rasa takut. Bipolar Disorder memaksa dia lupa tentang keghairan untuk melakukan apa-apa aktiviti.

Sehinggakan Safiey menjadi kurang waras. Dia mengakui diri enggan mandi, makan dan tidur mengikut mood. Dia boleh berubah mood dari rasa gembira kepada marah tidak semena mena.

Setelah lama berdepan situasi sukar ini, akhirnya Safiey Illias sangat bersyukur kerana kesihatan kembali baik dan stabil seperti sedia kala. Semuanya berkat doa orang tuanya yang tidak putus-putus memberi sokongan.

BUKAN ALASAN UNTUK KEMBALI JADI WANITA-NETIZEN

Melihat kepada komen netizen, ramai yang memberikan kata-kata semangat. Soal Bipolar Disorder bukan perkara remeh dan boleh dipandang ringan. Individu yang mengalaminya memerlukan sokongan moral yang kuat untuk kekal positif.

Tak kurang hebatnya, ada netizen turut berpesan agar penulisan ini bukan lah jalan atau alasan untuk Safiey kembali kepada bentuk wanita. Terima fitrah diri sebagai lelaki dan sentiasa mengamalkan gaya hidup cara lelaki.

Kongsi artikel ini: