Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Adam Corrie merupakan seorang pelakon muallaf yang aktif dalam drama dan filem melayu tempatan. Anak kelahiran Pulau Pinang ini awalnya dilahirkan dan dibesarkan agama Buddha.
Tangga 13 Julai 2007 menjadi titik permulaan baru kepada pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini apabila kembali pada fitrah, apabila memeluk agama Islam secara rasminya dan memilih nama Adam Corrie Lee bin Abdullah sebagai nama baharu.
Dalam perkembangan terbaru Adam Corrie dalam industri lakonan, dikhabarkan dia kini sudah pun memasuki Sembilan bulan sepi dari mana-mana tawaran berlakon. Saban hari dia menanti sehinggalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan segala kegiatan lumpuh.
Adam yang kini menganggur buntu memikirkan punca dia diabaikan dari pihak produksi drama atau filem. Akhirnya dia mula sedar bahawa puncanya bermula dari diri sendiri. Sebelum ini Adam ada meletakkan syarat untuk tidak melakukan adengan bersentuhan.
Terutama beraksi dengan mana-mana pelakon wanita dan mungkin syarat itu lah yang memakan diri Adam sendiri untuk terus kekal relevan dalam dunia lakonan dan tidak lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah.
Tambah Adam lagi, disebabkan syarat yang dikenakan menjadikan dia dilabel sebagai pelakon yang banyak kerenah. Memandangkan dalam lakonan, adengan sedemikian sangat sukar untuk dielak.
Sudah pasti perkara ini menghampakan Adam yang berpendapat bahawa kita sebagai manusia mempunyai pertimbangan. Pengarah boleh sahaja menghidupkan suasana cerita dengan mengolah babak tanpa sentuhan.
Bercerita soal pengarah, Adam memuji sikap pengarah terkenal Eyra Rahman yang mengubahsuai adengan tanpa perlu pelakon bersentuhan. Adengan suami isteri hanya dihidupan melalui dialog sahaja.
Biar pun dipulau, Adam menjelaskan yang dia tidak akan putus harap atau patah semangat untuk terus kekal dalam dunia lakonan. Walau pun diuji dengan tiada job, Adam masih bersyukur dengan rezeki Allah.
Segala yang dia miliki kini semuanya datang daripadaNya. Jelasnya lagi, sehingga kini dia masih diberi tubuh badan yang sihat, rezeki makan minum yang cukup serta isteri dan anak sentiasa sihat di sisi.
Kesimpulannya, ujian Allah kepada hambaNya hadir dalam pelbagai bentuk. Dia berikan sedikit cabaran untuk menguji ketabahan Adam dalam berdepan rezeki dan jugan iman. Semoga Adam Corrie terus kuat dan dimurahkan rezeki dalam jalan yang lain.