Rakyat Malaysia sering kali mengambil peluang untuk mencari rezeki di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan juga Thailand demi mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi. Kebanyakkannya lebih suka kerja di Singapura kerana pendapatan lebih memuaskan dan juga boleh berulang alik melalui Tambak Johor.

Namun begitu, sejak wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, kebanyakkan rakyat Malaysia yang berulang alik dari Malaysia bekerja di Singapura mengalami kesukaran apabila sempadan kedua negara ditutup bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

RAKYAT MALAYSIA HILANG PUNCA PENDAPATAN, DIBUANG KERJA

Melalui laporang yang dikongsikan oleh Harian Metro, semenjak lima bulan yang lalu banyak warga Malaysia yang bekerja di Singapura telah dibuang kerja oleh majikan. Petikan ini adalah melalui seorang lelaki yang juga bekerja di sana.

 

“Ramai rakan seperjuangan saya yang telah dibuang kerja, terus hilang punca pendapatan..”

Dalam hanya sekelip mata, mereka semua hilang punca pendapatan.

TERSADAI DI SINGAPURA DEMI CARI KERJA BARU

Tambahnya juga ada juga rakyat Malaysia yang telah dibuang kerja dengan serta merta tanpa sebarang notis dan menyebabkan mereka semua tersadai di Singapura. Dengan ini mereka sanggup duduk tersadai disana demi mencari pekerjaan yang lain.

Kerajaan Singapura lebih mementingkan nasib rakyatnya sendiri untuk penambilan kerja buat masa sekarang. Contohnya banyak syarikat disana mengambil bekas pramugari dan pramugara yang dibuang kerja gara-gara sektor penerbangan terkesan lebih teruk di seluruh dunia untuk menggantikan rakyat Malaysia yang dibuang kerja itu.

LEGA DAPAT KEMBALI MENCARI REZEKI

Menurut statistik, seramai 174,834 rakyat Malaysia telahpun kembali ke Singapura minggu lalu untuk bekerja. Kira kira hampir 400,000 rakyat Malysia mencari rezeki di Singapura dan hampir 250,000 daripadanya berulang alik setiap hari menerusi Tambak Johor selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia mengumumkan pekerja Malaysia tidak perlu membayar separuh kos kuarantin di pusat kuarantin di Johor Bahru sebaliknya hanya kuarantin dirumah masing masing.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here