Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa sangka pandemic yang melanda dunia baru-baru ini telah mengubah lanskap ekonomi baru. Mana tidaknya, banyak perusahaan dan juga syarikat yang mula gulung tikar kerana tidak mampu untuk meneruskan operasinya lagi.
Selain syarikat, yang terkesan dengan perubahan ekonomi adalah rakyat marhaen yang terpaksa berdepan risiko diberhentikan kerja atau hilang pekerjaan. Sudah pasti situasi ini sangat ditakuti ramai pihak.
Bercerita soal kerja dan ekonomi, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu ada berkongsikan rasa terharu disebalik sedih apabila melihat masyarakat yang berpusu-pusu menghadiri sesi temuduga terbuka di perusahaan produk minuman yang diasaskannya.
Seramai lebih 300 orang calon yang mencuba nasib untuk mengisi kekosongan di syarikat miliknya walhal yang diperlukan hanya lah 100 orang sahaja. Dapat dilihat orang ramai beratur sepanjang 3 kilometer bagi menjaga jarak sosial pada sesi temuduga tersebut.
Sambutan ini sangat luar biasa dan fenoma ramai yang mencari kerja baru berikutan impak dibuang kerja gara-gara pandemik. Dalam rasa gembira, Shuib turut meluahkan rasa sedih dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib.
Difahamkan mereka bukan sahaja datang dari Kuala Lumpuh bahkan dari negeri lain. Dalam pada itu, Shuib sempat mengenangkan keadaan ini sama seperti dirinya dahulu yang susah mencari kerja selepas diberhentikan kerja.
Jelas Shuib, ikutkan dia mahu mengambil kesemua calon yang hadir namun apa kan daya peluang sangat terhad dan individu yang benar-benar layak sahaja akan diambil bekerja kelak.
Tambah Shuib, dia berasa sangat gembira kerana dapat membantu memberikan peluang ini kepada mereka yang menganggur dan mereka bakal bekerja di enam cawangan syarikat baru yang sedang dalam proses.
Kesimpulannya, kesihatan merupakan faktor penting kepada perkembangan ekonomi. Dalam masa yang gusar ini, diingatkan rakyat untuk berjimat cermat dan menabung untuk 6 bulan ke depan agar kelangsungan ekonomi keluarga dapat diteruskan seperti sediakala.