Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Pasal-Pasal Kena Sekolahkan Dek Netizen! Tindakan Almy Nadia Review Makanan Tak Disenangi

Wanita yang baru sahaja selamat melahirkan zuriat diwajibkan menjalani proses berpantang. Namun, adakah anak muda zaman now tahu kepentingan berpantang ini pada kesihatan diri?

Bagi yang tidak tahu, wanita bersalin perlu menjalani tempoh berpantang selama 44 hari di mana seseorang ibu/wanita perlu mengekang diri dalam menjaga kecergasan dan juga rupa paras.

Berpantang juga berpaksikan pada penyembuhan rahim secara keseluruhannya. Bila rahim seseorang wanita itu sihat akan menghasilkan ibu yang kelihatan berseri-seri disamping menarik pada pandangan orang ramai.

ALMY NADIA BUAT REVIEW MAKANAN BERAIS KETIKA BERPANTANG

Bercerita soal pantang larang wanita bersalin, pada Mei lalu Datin Almy Nadia dikhabarkan telah mengalami kegguran untuk kali kedua. Dia yang mengalami pendrahan tanpa henti tiga hari sebelum menyambut kedatangan Syawal lalu.

Hal tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh suaminya iaitu Datuk Fizz Fairuz. Sejurus kejadian, ramai peminat yang menitipkan pesan agar Almy Nadia menjaga permakanan buat seketika bagi menjamin kesihatan rahim.

Dalam perkongsian terbaru pelakon berkenaan di Instagram miliknya sebentar tadi, Almy Nadia kembali aktif membuat khidmat ulasan (review) produk makanan yang diberikan oleh peniaga kepadanya.

PEMBEDHAN PADA RAHIM TAK SEMBUH LAGI

Apa yang menjadi bualan ramai adalah jenis makanan yang dia diulasnya yang beralaskan pencuci mulut yang sejuk atau pun berais. Dalam keadaan dirinya yang masih berpantang, dan pula melakukan pembdahan pada bahagian rahim sebelum ini sudah pasti tidak sesuai untuk memakan makanan sedemikian.

Sejurus dia memuat naik video berkenaan, ramai peminatnya memberi nasihat dan menegur Almy Nadia agar lebih peka soal kesihatan diri terutama pemilihan makanan untuk diulas sehingga lah keadaan benar-benar sembuh.

Tambah netizen lagi, di usia yang muda lah para wanita perlu jaga badan kerana kesannya boleh dirasa sampai ke hari tua.

Walau bagaimanapun sehingga kini pelakon berkenaan hanya mendiamkan diri tentang hal tersebut. Apa pun tuan badan lebih tahu soal kesihatan diri dan mungkin dia terlepas pandang soal ais ketika dalam pantang.

Kongsi artikel ini: