Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rata-rata artis di Malaysia sering kali tampil dengan imej berhijab ketika bulan Ramadhan bagi menghormati bulan yang mulia. Namun begitu, tanggapan dan harapan peminat untuk mereka kekal begitu sering kali disalah erti.
Penyanyi, Zizi Kirana mengakui dirinya sedikit tertekan apabila ada sekolongan netizen yang membidas dengan Bahasa yang kurang elok kerana dia tidak terus bertudung selepas Ramadhan. Terdahulu, Zizi tampil dengan bertudung sopan sejak bulan Ramadhan dan mendapat perhatian ramai peminatnya.
Zizi memberitahu bahawa ramai netizen yang memberikan kritikan yang kurang sedap didengar selepas dia tidak lagi berhijab. Namun begitu, bagi Zizi teguran itu adalah demi kebaikan dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.
Tambahnya lagi, dia sangat suka jika ada yang memberikan komen yang positif dan juga doa yang baik baik daripada memberi kritikan yang sangat teruk untuk perubahan dirinya.
Tahun ini merupakan tahun kedua Zizi bertudung ketika bulan Ramadhan dan itu adalah atas kerelaan dirinya sendiri. Tambahnya lagi, dia belum betul-betul bersedia untuk bertudung sepenuhnya dan akan sentiasa memperbaiki dirinya sendiri dari masa kesemasa.
Dalam masa yang sama, Zizi meminta agar peminatnya mendoakan dia bertemu jodoh yang baik dan boleh membimbingnya. Zizi amat teringin untuk bertemu jodoh dengan seorang ustaz.
Perjalanan setiap insan itu berbeza dan tidak boleh di bandingkan dengan sesiapa pun asalkan dia masih mempunyai niat untuk memperbaiki diri, kita sebagai seorang muslim mestilah memberi semangat dan tidak menjatuhkan mereka.