Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sudah menjadi lumrah seorang wanita untuk menjadi seorang ibu dan memberi zuriat demi kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Dalam masa yang sama, pengorbanan wanita untuk menjadi ibu itu bukan sahaja peralihan tanggungjawab akan tetapi perubahan fizikal.
Perubahan fizikal yang dimaksudkan adalah sejak mengandung sehingga melahirkan cahaya mata. Selain fizikal, wanita juga mesti kuat dalam emosi untuk menerima perubahan tersebut.
Berbeza pula dengan pelakon jelita Izara Aishah yang baru sahaja habis tempoh berpantang selama 44hari selepas melahirkan puteri sulung pada 15 April lalu yang kini tampil dengan bentuk badan yang diingini.
Izara Aishah dalam satu perkongsian di laman Instagram milik peribadinya berkongsi akan cerita berpantang yang berjaya turun sebanyak 12 kg dalam tempoh 44 hari. Anak perempuan hasil perkahwinan dengan Adib Khalid, Irisa Alaia turut dijaga rapi olehpakej penjagaan professional.
Menurut Izara, dia dan suami setuju untuk mengambil pakej penjagaan ibu dan anak yang turut menawarkan perkhidmatan berurut, bersauna, bertungku dan juga memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
Tambahnya lagi, berat badannya kini kembali normal kepada 53kg jika berbanding dengan sebelum ini 65kg semasa hamil cahaya mata pertama itu. Izara berkogsi dengan peminatnya kerana dia begitu berpuas hati dengan hasil kerja daripada pakej penjagaan professional tersebut.
Dalam masa yang sama ramai netizen dan juga rakan artis yang meninggalkan komen diruangan posting tersebut dengan memuji Izara Aishah yang semakin langsing dan menggelarnya sebagai hot mummy.
Begitulah impian setiap wanita iaitu untuk melahirkan cahaya mata dan boleh menurunkan berat daripada kehamilan kepada berat asal dengan tempoh yang singkat kerana penampilan diri sebagai seorang ibu juga mestilah sentiasa hot dan menarik.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada hot mummy dengan kelahiran cahaya mata pertama dan kembali dengan langsing.