Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hargai Tindakan Rakyat Yg Patuh Dgn SOP, Pak Long Mail Zahir Rasa Terima Kasih

Kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa lega dan gembira. Hal ini salah satunya adalah dengan kebolehan merentas negeri bagi melawat ibu bapa di kampung dan juga untuk urusan yang lain.

Semalam, 10 Jun 2020 merupakan hari pertama pelaksanaan bagi PKPP. Dengan itu, kerajaan telah mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang selama ini memberi kerjasama bagi menjayakan beberapa peringkat PKP.

RAKYAT YANG PATUH DEGAN SOP BANTU KERAJAAN

Satu sidang media keselamatan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi telah menzahirkan rasa ribuan terima kasih daripada kerajaan kepada rakyat kerana patuh akan SOP yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, hari pertama pelaksanaan PKPP telah memberi rasa puas hati kepada kerajaan dengan melihat perkembangan yang positif. Rata-rata rakyat Malaysia mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

KADAR KENDERAAN DI JALAN RAYA MENIGKAT DUA KALI GANDA

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa PKPP telah membuatkan peningkatan jumlah kenderaan yang berada diatas jalan raya berbanding dengan sehari sebelum PKPP dilaksanakan kerajaan.

Ismail Sabri dengan ini mengambil kesempatan untuk berpesan agar rakyat memandu dalam keadaan yang berhati-hati dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini di jalan raya.

Dalam sidang media itu juga, Ismail Sabri mengingatkan kepada semua rakyat agar patuh dengan SOP yang dijalankan demi menjaga kesihatan kendiri dan dapat memutuskan rangkaian wabak pandemik COVID-19 ini.

Orang ramai seeloknya mengelak daripada berada di tempat awam yang ramai dan sebolehnya memakai topeng muka terutamanya dalam kenderaan awam dan kawasan yang ramai orang. Dengan ini, wabak pandemik COVID-19 senan dibendung dan tidak tular dengan begitu cepat.

Kongsi artikel ini: