Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gara-Gara “Komen Pedas”, Aina Abdul Terpaksa Pakai Pelitup Muka Ketika Menyanyi Untuk Jaga Hati

Penyanyi bersuara lunak iaitu Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani mula menjadi perhatian ramai kini menerusi lagu Sumpah yang berjaya membawanya ke finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-34.

Sebagai rekod, Aina Abdul berasal dari Negeri Sembilan dan kini sedang belajar di Universiti UCSI di Kuala Lumpur.

PAKAI PELITUP MUKA KETIKA MENYANYI

Baru-baru ini, Aina Abdul ada mendendangkan lagu berjudul Semalam di laman Instagramnya. Namun tindakan netizen yang mempertikaikan wajah serta penampilan penyanyi berkenaan telah memaksa Aina memakai penutup muka.

Disebabkan komen serta kata-kata netizen yang tidak menjaga sensitiviti orang lain menjadikan Aina Abdul kurang yakin dengan diri sendiri terutama dalam menonjolkan wajah sebenarnya.

Jelas Aina lagi, ramai netizen meninggalkan komen kurang sihat di laman YouTube dengan membandingkan wajahnya dengan penyanyi lain. Justeru komen tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu emosi Aina dan merasakan dirinya seorang yang buruk.

ADA YANG BANDINGKAN DENGAN PENYANYI LAIN
“Saya sering terbaca komen kurang manis di laman YouTube, sejak beberapa minggu ini. Mereka mempertikaikan penampilan dan membandingkan saya dengan penyanyi lain.” Memetik kenyataan Aina kepada Berita Harian.

Biar pun begitu, Aina perlu melalui tugasannya sebagai artis dengan mempromosikan lagu sendiri di media sosial. Untuk mengelakkan dari terus menjadi bualan, dia mengambil keputusan untuk menutup muka ketika melakukan persembahan.

ADA YANG BERI KATA-KATA SEMANGAT

Dalam pada itu, tak semua peminat berpandangan serong. Sebahagian peminat sangat memuji kemantapan vokal Aina biar pun menyanyi sambil menutup mukan. Peminat yang positif sebegini membuatkan Aina terus bersemangat dalam berkarya.

“Saya terharu ada peminat memuji dan mengatakan vokal semakin mantap biar pun memakai pelitup muka. Sejujurnya ia seperti memujuk hati yang terguris ketika kata nista dilemparkan.” Tambah Aina lanjut.

Mulut manusia ni tak mampu kita tutup. Sebaik mana pun kita buat tetap ada rosaknya di mata orang lain. Yang penting Aina Abdul perlu fokus dengan kerjaya dan jadikan kata-kata netizen sebagai pembakar semangat untuk dia terus maju ke hadapan.

Kongsi artikel ini: