Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa je yang tak kenal dengan usahawan kosmetik yang penuh kontroversi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri. Sering kali muncul di media sosial dengan cerita sensasi dan terbaru dia telah mendakwa beberapa orang kakitangan dalam syarikatnya itu telah pecah amanah.
Pengasas kosmetik yang terkanl dengan panggilan Abang Terlajak Laris ini telah membuka ruang pekerjaan bagi sesiapa yang memerlukan dan berminat untuk berkhidmat untuk syarikatnya. Menurutnya lagi, sesiapa yang berminat itu boleh hadir bagi sesi temuduga seperti yang dinyatakan di Instagram.
Dalam satu posting yang dimuat naik itu, Aliff Syukri meluahkan yang perkara ini sebagai satu pengajaran buat dirinya dalam menguruskan syarikat. Dalam masa yang sama, Aliff Syukri memberitahu bahawa dia akan lebih fokus kepada hal lain yang lebih penting.
Bapa kepada lima orang anak ini memberitahu umum bahawa dia akan merahsiakan identiti individu yang pecah amanah ini bagi menjaga aib mereka.
“Dalam perniagaan kita tak boleh terlalu percaya kepada sesiapa pun.. kesilapan saya adalah terlalu percaya dengan staff saya.. yang mulut manis belum tentu baik, dan yang sombong belum tentu jahat..”
Tambahnya lagi, hari ini, dia telah mengadakan mesyuarat tergempar kerana beberapa orang pekerjanya telah disyakki pecah amanah. Mesyuarat itu diadakan bagi memberi pengajaran bagi kakitangan yang lain agar bekerja dengan amanah dan berhati-hati.
Rentetan daripada hal ini, dia telah membuka peluang pekerja kepada yang berminat untuk menjadi personal assistant (PA) khidmat pelanggan, store keeper dan boleh datang bagi sesi temuduga. Dalam sudut yang positif, hal ini membuka ruang pekerjaan kepada yang lebih memerlukan lebih lebih lagi pada musim pandemik ini.
Ramai yang dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan kos pada musim pandemik ini, maka, seorang pekerja haruslah menghargai peluang yang diberi dan bekerja dengan penuh amanah.