Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akui Pernah Lalai Waktu Muda, Mak Jah Buat Kerja Amal Cuci Telekung Sebagai Bekalan Akhirat

Kisah pelakon veteran iaitu Maimunah Ahmad atau lebih selesa disapa sebagai Mak Jah pernah menjadi bualan dahulu kerana dia terpaksa menggadaikan barangan kemas yang dimiliki bagi membayar kos rawatan penyakit knser rahim yang dihidapi.

Langit tidak selalu cerah, itu lah yang menyelubungi kehidupan Mak Jah. Akui yang dirinya pernah lalai suatu ketika dahulu kerana terlalu mementingkan kerjaya seni, akhirnya Mak Jah telah membuat pilihan beralih ke kerja amal.

BASUH DAH JAHIT TELEKUNG KOTOR

Difahamkan kini Mak Jah aktif mengumpul pahala dengan mengutip telekung wakaf yang kotor dan membersihkannya secara suka rela. Jelas Mak Jah ianya salah satu usaha untuk dia kumpul bekalan di akhirat kelak.

Dalam perkembangan terbaru mengenai kesihatannya, Mak Jah kini beransur pulih. Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk mengumpul amal selagi dia terdaya. Lagi pula dia tidak boleh banyak berjalan dan cepat sakit punggung jika banyak bergerak.

BUAT DARI RUMAH, PERGERAKAN TERBATAS

Disebabkan pergerakannya sangat terbatas, anak-anak juga mula risau dan tidak benarkan lagi Mak Jah memandu untuk mengutip telekung yang kotor. Dia diminta berehat sepenuhnya di rumah.

Cuma apa yang dapat dilakukan adalah meminta anak-anak yang membawa balik telekung yang tidak elok, kotor mahu pun yang koyak untuk Mak Jah basuh di rumah. Selepas dijahit dan dibasuh, anak-anak Mak Jah akan menghantarnya ke masjid atau surau berdekatan.

HATI MENJADI TENANG

Tambah Mak Jah lagi, dia sudah memulakan membuat kerja amal tersebut sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan surau yang terletak di pusat membeli belah dan juga kawasan rehat dan rawat (R&R) berdekatan dengan rumahnya di Ampang.

Jelas Mak Jah, ini sahaja yang mampu dia sumbangkan biar pun bukan dari segi kewangan tetapi sudah cukup untuk dia berasa tenang dan selesa.

Kesimpulannya, dalam kita sibuk mencari urusan dunia jangan dilupa tentang akhirat kerana ia adalah perjalanan yang hakiki sebagai hambaNya. Semoga kisah Mak Jah memberi pedoman dan kebaikan buat kita semua dalam meniti kehidupan.

Kongsi artikel ini: