Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan pihak kerajaan bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, ramai yang terpaksa duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti diluar kecuali untuk keperluan yang penting sahaja.
Susulan hal itu, pelakon kacak yang digilai ramai wanita, Remy Ishak menerusi Berita Harian telah memberitahu bahawa dirinya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mendapatkan nasihat daripada pakar.
Semua pun tahu bahawa Remy Ishak kini menjejak usia 38 tahun dan masih lagi solo sehingga ke hari ini. Sebagai seorang yang masih solo, dia hanya menetap dirumah seorang diri sejak PKP yang dijalankan oleh kerajaan.
Sebagai seorang pelakon popular dia sememangnya sangat sibuk dengan aktiviti harian yang melibatkan ramai orang. Dia mengakui bahawa duduk berseorang di ibu kota tanpa sesiapa dirumah telah mengganggu emosi dirinya.
Dalam tempoh PKP yang lama itu saya menghabiskan masa membaca bagi membuatkan diri saya menjadi positif. Dalam masa yang sama membaca juga boleh menenangkan saya.
Apabila perasaan murung itu semakin kuat, Remy telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan pakar agar dapat nasihat yang sepatutnya untuk memperbaiki dirinya.
Dia diminta untuk tidak tinggala sendirian di ibu kota. Dengan nasihat pakar itu, Remy telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di Melaka dan menghabiskan masa bersama keluarga. Menurut Remy dia telah pun mendapat kelulusan pihak berkuasa bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung disebabkan keadaan dirinya itu.
Remy Ishak telah mengakui bahawa dirinya kini sangat selesa di kampung bersama keluarga walaupun kini pihak kerajaan telah memberi banyak kelonggaran bagi PKP yang lalu.
Dalam masa yang sama aktor kacak ini memberi nasihat kepada orang ramai agar berhati hati di laur sana dan sentiasa mengikut SOP yang disarankan kerajaan agar panemik Covid-19 sentiasa terkawal di Malaysia.