Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Cepat Mengalah! Buang Rasa Malu, Mila Jirin Jual Durian Demi Tampung Gaji Pekerja Yang Terjejas

Ramai selebriti meluahkan rasa kegusaran akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Diakui sejak dari itu, masyarakat Malaysia yang mengharapkan gaji harian terbeban dengan masalah kewangan.

Dari situ, masing-masing mengambil inisiatif sendiri dalam mengukuhkan kewangan keluarga. Tidak terkecuali mereka yang mempunyai perniagaan persendirian yang mula merosot akibat permintaan yang semakin berkurang.

SYARIKAT PERUNDING PERKAHWINAN MILA JIRIN TERJEJAS SEJAK PKP

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia dan juga ahli perniagaan iaitu Mila Jirin antara individu yang tidak bernasib baik apabila syarikat perunding perkahwinan miliknya, iaitu Bizmilla terkesan dan tidak mendapat sambutan.

Oleh yang demikian, dia terpaksa mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi terutama membayar gaji pekerja. Terdahulu Mila ada membuat kek dan pastri sebagai salah satu cara menampung apa yang kurang.

MILA AMBIL PELUANG JUAL BUAH DURIAN PULA

Dan terbaru, difahamkan penyanyi berkenaan terpaksa mencari jalan lain untuk menampung kekurangan kewangan yang dihadapi. Dia tidak cepat mengalah dan kebetulan sekarang adalah musim durian.

Dapat dilihat Mila tampil berani mengambil peluang ini dengan menjual buah durian biar pun tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikannya. Menurut Mila, dia mendapatkan buah durian tersebut dari Balik Pulau, Pulau Pinang, Pahang dan juga Johor.

TAK MENANG TANGAN, RAMAI YANG BERATUR

Rezeki tak pernah salah alamat, siapa duga apabila usaha Mila Jirin membuahkan hasil apabila mendapat sambutan hangat dari peminat buah berkenaan. Dikatakan ada yang sanggup beratur demi mendapatkan durian yang dijualnya.

Bagi yang ingin merasa durian yang dijual Mila, lokasi utama tempat dia berniaga adalah di Putra Perdana, Puchong. Jadi jangan melepaskan peluang untuk makan durian sambil berbual dengan penyanyi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Apa yang nak di malukan? ya memang betul saya jual DURIAN 👍

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Hikmah kepada PKP adalah membuatkan orang ramai berfikir di luar kotak. Tiada sebab untuk kita gagal melainkan malas dan memberi seribu alasan dalam setiap kerja yang dilakukan.

Semoga contoh baik dari Mila ini dalam menjaga kebajikan gaji pekerja menjadi contoh kepada pengusaha syarikat lain bagi menghargai kudrat pekerja yang bersusah payah selama ini.

Kongsi artikel ini: