Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Redha Dengan Takdir! Ariff Bahran Kembali Solo, Akui Hubungan Cinta Tak Dapat Bertahan Lama

Penyanyi muda Ariff Bahran atau nama penuhnya Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari semakin mendapat tempat dalam industri semenjak dia menyertai pertandingan Big Stage pada tahun 2018.

Tidak bernasib baik, artis berumur 22 tahun ini terpaksa akur apabila hanya berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan tersebut. Pada awalnya, nama Ariff Bahran mula dikenali menerusi single pertamanya berjudul “Kata Akhirmu”.

Video klip single tersebut telah berjaya meraih lebih dari 15 juta jumlah tontonan di platform YouTube.

ARIFF BAHRAN KEMBALI SOLO, BERAKHIR EPISOD CINTA

Dalam perkembangan terbaru artis muda ini, khabar berlegar bahawa hubungan cinta Ariff dan teman wanita, yang bekerja dalam industri produksi penerbitan telah pun berakhir sejak Mac yang lalu.

Hal tersebut diakui sendiri oleh Ariff yang mana dia menyifatkan hubungan mereka yang dicipta sejak setahun lalu sebagai tiada jodoh. Tambah Ariff lagi dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

TERIMA TAKDIR DENGAN HATI TERBUKA

Siapa yang tak sedih bila terjadinya perpisahan. Namun bagi penyanyi ini, dia bersyukur masih diberi kekuatan menerima takdir ini dengan baik serta berlapang dada.

Untuk terus maju dalam kerjaya atau apa sahaja pekerjaan, jangan mengaitkan sekali urusan peribadi. Ariff Bahran perlu kekal positif dan berusaha dengan lebih baik dalam memastikan kerjaya seni terus berkembang selagi mana dia mendapat permintaan dari peminat.

PUNCA PERPISAHAN MASIH MENJADI TANDA TANYA

Sehingga kini Ariff tidak berkongsikan secara mendalam punca kepada episod berakhirnya kisah cintanya itu. Apa yang pasti dia kini sedang fokus menghasilkan lagu yang lebih berkualiti kelak.

Tambah Ariff lagi, usianya masih muda dan perjalanan hidup masih panjang. Sebaiknya perancangan karier seni diatur dengan lebih banyak lagu balada, yang mana menjadi jiwanya selama ini.

Itu lah dinamakan jodoh. Sekuat mana kita berusaha mempertahankannya tetap tidak menjamin pengakhiran yang baik jika tiada restu Ilahi. Semoga pengalaman cinta ini membuatkan Ariff Bahran kekal positif dan lebih matang dalam mengenali hati pasangan kelak.

Kongsi artikel ini: