Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Main Tarik Tali! Bangladesh eggan terima semula 269 PATI Rohingya yang mendarat di Langkawi

Terdahulu, seramai 269 orang PATI Rohingya telahpun mendarat di Langkawi ketika bot mereka yang dipercayai telah dirosakkan di perairan Malaysia. Ini dikatakan muslihat oleh mereka bagi ditahan di Malaysia.

BACA : Tak Pernah Serik! Ratusan PATI Rohingya Gigih Masuk Malaysia, Guna “Taktik Licik” Elak Diusir

BOT DIROSAKKAN DI PERAIRAN MALAYSIA

Menteri Pertahanan iaitu, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan telah memberitahu bahawa Kementerian Luar Negeri akan meminta Dhaka untuk mengambil kembali pelarian seramai 269 orang tersebut.

Mereka didapati telah melarikan diri daripada kem yang terletak di daerah Tenggera Bangladesh iaitu Cox’s Bazar. Di situ ialah pusat menempatkan lebih dari satu juta Pelarian Rohingya.

Semalam, Selasa, Bangladesh telahpun memutuskan untuk tidak menerima kembali 269 PATI Rohingya yang kini ditahan di Malaysia gara gara bot dirosakkan itu.

ROHINGYA BUKAN MILIK BANGLADESH

Maklum balas bertulis yang diterima daripada Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen menerusi Anadolu Agency mereka akan tetap dengan keputusan mereka untuk tidak menerima kembali PATI Rohingya tersebut. Dalam maklum balas itu juga, pihak mereka menegaskan agar pihak negara negara luar tidak membebankan Bangladesh dengan isu pelarian Rohingya lagi di masa hadapan.

“Rohingya ini bukan warga Bnagladesh. Mereka semua telah duduk di Myanmar sejak berabad lamanya..”

Tambahnya lagi, seramai 1.1 juta warga Rohingya kini sedang berlindung di Bangladesh dan mendapat bantuan daripada pihak kerajaan Bangladesh. Mereka kini mengalu alukan organisasi global atau mana mana mana pihak kepimpinan untuk mrmindahkan mereka semua.

“Negara-negara lain dialu-alukan untuk membawa mereka. Daripada minta kita beri perlindidungan..”
LARI DARIPADA JANGKITAN VIRUS

Seorang pegawai yang berkhidmat di Cox’s Bazar telah memberitahu bahawa dua lagi pelarian Rohingya disitu telah menamatkan riwayat akibat daripada virus. Hal ini menyebabkan korban virus tersebut di situ, 3 orang.

Difahamkan juga bahawa 20,000 orang pelarian Rohingya telah ditahan di kem tersebut kerana mereka merupakan kontak yang rapat dengan individu yang dijangkiti tersebut. Diharapkan agar kesemua PATI Rohingya yang mendarat di Langkawi terhindar dari mana mana virus.

Kongsi artikel ini: