Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik Tasha Shilla, pernah menjadi tumpuan peminat apabila membuat keputusan untuk berkahwin secara dalam diam.
Pada 28 Februari lalu, Tasha telah selamat diijabkabulkan dengan pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris dalam suatu majlis serba ringkas yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan. Pada majlis tersebut, Tasha telah menerima mas kahwin berjumlah RM800 dari pihak pengantin lelaki.
Selama beberapa bulan mendirikan rumah tangga, ramai peminat mula perasan perubahan yang berlaku kepada aktres ini.
Seperti umum mengetahui, penampilan Tasha lebih terdedah sejak dia mula menceburi industri hiburan dahulu. Namun kini, pelakon berusia 33 tahun tersebut nampak berbeza dari sudut pemakaian di samping suami.
Dalam perkembangan terbaru pasangan sama cantik dan sama padan ini, foto yang dimuat naik oleh Tasha di laman Instagram telah menjadi perhatian peminat. Dia dan suami berpakaian sedondon berwarna hijau sewaktu keluar dating menerima pujian melambung dari netizen.
Peminat berpendapat bahawa Tasha menjadi lebih matang dan sopan sejak bergelar isteri. Lihat sahaja gambar-gambar baru selepas mereka berkahwin, tiada lagi gambar menjolok mata seperti kebiasaannya dahulu.
Peminat juga dapat merasakan kebahagiaan yang sedang dilalui antara Tasha dan Atiq. Kedua mereka tidak lekang dari senyuman dan sentiasa meluangkan masa bersama.
Keseluruhannya, bila seseorang itu faham tentang tanggungjawab memegang status isteri, secara tidak langsung perubahan ke arah yang lebih baik akan ada dalam diri.
Ini lah keindahan dalam perkahwinan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tidak dinafikan bermasam muka dan salah faham wujud antara suami isteri. Hakikatnya perbalahan itu lah membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain.
Penulis doakan agar rumah tangga yang dibina antara Tasha dan Atiq berkekalan sehingga ke anak cucu.