Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Pernah Serik! Ratusan PATI Rohingya Gigih Masuk Malaysia, Guna “Taktik Licik” Elak Diusir

Isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah pasti menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Bermula Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan tempoh hari telah merobek dan membongkar segala kegiatan dan cara kemasukan mereka ke negara kita.

ROHINGYA CUBA MEMBOLOSI PERAIRAN LANGKAWI

Tambahan pula, mereka dilihat semakin naik toncang jika dipandang sebelah mata dan tidak diambil apa-apa tindakan. Kesannya lihat sahaja masalah sosial yang mula timbul di pasar-pasar borong dan penempatan flat, rata-rata dikuasai oleh PATI terutama dari Rohingya, Myanmar.

Negara kita baru sahaja reda isu kesihatan, namun hal lain pula muncul. Dikhabarkan semalam sempadan perairan Langkawi sekali lagi dibolosi PATI dari Rohingya. Ia langsung tidak menggugat PATI biar pun sebelum ini pihak berkuasa berjaya menghalau mereka dari berada di negara ini.

Kredit: Facebook Fuad Rahman TV
SENGAJA BOCORKAN BOT, ELAK DARI DIUSIR

Sudah menjadi SOP Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengarahkan mereka supaya berpatah balik. Apa yang menariknya adalah tindakan licik PATI ini apabila dikhabarkan mereka sengaja membocorkan bot yang dinaiki untuk mengelak dari diusir.

Difahamkan PATI yang ditahan berjumlah 396 orang, 108 tekong dan 11 penyeludup yang berjaya diberkas. Manakala 140 PATI, 6 tekong dan 22 bot lain sudah pun diusir sewaktu mereka cuba membolosi sempadan negara. Kesemua mereka ditempatkan sementara di Kem Bina Negara, Wawasan Langkawi.

DIBERI BANTUAN MAKANAN DAN SUMBER AIR BERSIH

Malaysia tidak lah sekjam seperti negara lain. Atas dasar kemanusiaan, semua PATI diberikan bantuan berbentuk makanan dan juga air bersih sepanjang tempoh operasi. Berikutan kerosakan teruk pada bot, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan bot mereka ditunda ke Jeti Teluk Ewa.

Isu PATI ini tidak boleh dipandang remeh kerana kedatangan mereka ke negara ini mampu mengundang dan berisiko tinggi sebagai pembawa Covid-19.

Sehingga kini pihak berkuasa yang terlibat seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM serta beberapa lagi agensi yang lain di tahap berjaga-jaga dan komited membanteras isu PATI.

Diharapkan pihak kerajaan melalui MKN memandang serius isu ini dalam memastikan sempadan negara kekal terjaga dan terbela.

Kongsi artikel ini: