Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Sempat Berbuat Apa-Apa! Lelaki Kecewa Lihat Kucing Kesayangan Kena Racun Jiran Sendiri

Ada sesetengah individu suka jadi kan haiwan sebagai peneman. Antara yang jadi pilihan ramai adalah kucing. Tidak dinafikan bahawa kucing ini antara haiwan yang dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, kucing juga memiliki sifat yang lemah lembut dan manja kepada tuannya. Jadi tidak hairan lah ada pihak yang membela dan mengasihi seekor kucing lebih daripada anak sendiri.

Jika anda perasan, haiwan bernama kucing ini sering kali dilihat berada di persekitaran manusia dan berkeliaran di banyak kedai makan semata-mata untuk mendapat perhatian manusia.

Walau bagaimanapun tak semua antara kita yang menyukai haiwan ini. Ada yang berasa geli dan lebih teruk lagi cuba menghalau kucing dengan tindakan kasar dan tiada langsung sifat kasih.

KUCING MTI KENA RACUN

Bercerita soal kasih sayang manusia terhadap kucing, seorang lelaki ada berkongsikan momen di mana beberapa ekor kucing peliharaannya telah mti gara-gara tindakan yang tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Amirul di laman Twitter mempercayai kucing-kucing kesayangannya telah termakan racun. Kejadian tersebut disedari apabila dia bangun sahaja dari tidur dan mendapati 5 ekor kucingnya sudah pun mti.

SILAP TIDAK MENGURUNG DALAM SANGKAR

Lebih memilukan apabila dia melihat 3 ekor kucingnya mti di beberapa bahagian sekitar rumahnya manakala 2 lagi antaranya berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Tidak lama kemudian mereka pergi dalam satu tempoh yang sangat singkat di mana Amirul tidak sempat berbuat apa-apa.

Terkesan kepada kejadian itu, Amirul mengakui ianya terjadi disebabkan kelalaian diri sendiri kerana tidak mengurung kucing-kucing berkenaan di dalam sangkar dan biarkan mereka berkeliaran. Tidak sangka pula ada pihak bertindak sekejam itu.

KUCING PEMBAWA REZEKI SEBENARNYA

Perkongsian Amirul ini menarik perhatian orang ramai terutama pencinta kucing. Seharusnya haiwan ini diberi perhatian dan dikasihi kerana tiap kali ia berjalan, ia bersama malaikat. Setiap makanan yang dihulur pula, kucing akan berdoa agar kita dimurahkan rezeki.

Dewasa kini kerap kali kita dengar ada pihak yang menganiaya kucing dengan cara sedemikian rupa. Hilang hati nurani sehingga membuat penilaian tidak waras.

Kongsi artikel ini: