Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sangat Mengharukan! Tepukan Gembira Frontliners Rai Kejayaan Buat Rakyat Malaysia Tersentuh

Sejak beberapa bulan lalu, barisan hadapan antara individu yang paling banyak berkorban masa dan tenaga dalam memerangi wabak Covid-19. Tanpa usaha dan komitmen mereka, sudah pasti keadaan Negara akan menjadi haru biru.

Semalam ucapan daripada Perdana Menteri (PM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat perhatian ramai. Selain menantikan khabar berkaitan pelepasan merentas negeri, antara perkara lain adalah ucapan yang didedikasikan kepada barisan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Dibenar Rentas Negeri, Sambut Hari Raya Dan Melancong Dalam Negara! Tapi…
UCAPAN PM PADA BARISAN HADAPAN MENYENTUH PERASAAN

Ucapan dari PM tersebut amat benar-benar menyentuh perasaan. Jasa barisan hadapan bukan sahaja dari segi masa, tenaga atau pun keselamatan diri sendiri bahkan usaha mereka sangat penting dalam menyekat kadar rantaian wabak.

Sejurus daripada pengumuman yang dibuat oleh PM, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Anas ada berkongsikan video yang mana barisan petugas kesihatan berada dalam keadaan gembira sambal bertepuk tangan.

BARISAN HADAPAN BERTEPUK TANGAN GEMBIRA

Video berdurasi 11 saat berkenaan sungguh mengharukan dimana mereka lengkap berpakaian PPE. Siapa yang tidak gembira, kerana usaha keras mereka lah kita mampu berada di tahap sekarang.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas dari warganet. Dapat diperhatikan orang ramai turut berbangga dengan pencapaian yang kita kecapi dalam menangani isu ini dan ia tidak dapat dicapai tanpa kudrat barisan hadapan.

TERIMA KASIH USAHA KERAS FRONTLINERS

Netizen juga mengambil peluang ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan hadapan dengan apa yang telah dicurahkan. Di saat rakyat lain sedang bersenang-lenang berehat di rumah, mereka masih berjuang di tempat kerja.

Seharusnya mereka layak untuk menikmati momen ini selepas 3 bulan menentang Covid-19 siang dan malam.

Biar pun keadaan semakin pulih dan rakyat pula dibenarkan untuk merentas negeri, ianya bukan lah petanda bahawa kita bebas sepenuhnya dari wabak berkenaan. Masyarakat perlu membiasakan diri untuk hidup bersamanya.

Dari situ lah wujudnya kehidupan normal baharu yang mana penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, pemakaian topeng muka dan kebersihan tahap tertinggi ditekankan agar kita dapat mencegah dari awal jangkitan.

Sama-sama lah kita membantu kerajaan dan barisan hadapan dengan mematuhi segala arahan dan peraturan baru yang dikeluarkan.

Kongsi artikel ini: