Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Ianya tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha mendapatkannya. Kadang kala, jodoh itu hadir tanpa kita rancang mahu pun duga. Antara yang sering dilakukan ramai adalah dengan menegur individu yang diminati menerusi media sosial.
Telah menjadi trend di laman Twitter sejak kebelakangan ini apabila ramai pengguna mula berkongsikan detik awal perkenalan bersama pasangan dan membandingkannya dengan hubungan yang sekarang.
From this To this pic.twitter.com/nHWwtqMKvG
— Haiqal James (@hqalmohd) May 26, 2020
Masing-masing mengimbau kembali cara mereka bertegur sapa dan terjadinya perbualan pertama menerusi media sosial sehingga lah berakhir ke jinjang pelamin.
Mereka memuat naik screenshot perbualan lama tersebut berserta kapsyen “from this to this” sekali gus menjadi ikutan ramai.
Enggan ketinggalan dalam melalui trend terbaru ini, presiden persatuan TikTok Malaysia dan juga seorang pelakon kacak iaitu Aeril Zafrel turut sama menyahut dengan memuat naik gambar perbualannya bersama isteri, Wawa Zainal.
Dapat dilihat pada awalnya Aeril menegur isteri dengan salam dan disambut baik oleh Wawa pada ketika itu.
From this. To this. pic.twitter.com/8HhEAuek5v
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) June 7, 2020
Gambar seterusnya pula Aeril memperlihatkan keadaan kini mereka bersama tiga orang anak sekali gus membuatkan ramai yang cmburu melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan ini.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik pada gambar yang dikongsikan Aeril ini adalah ianya bukan momen pertama kali mereka berkenalan. Ia baru sahaja direka oleh Aeril walhal mereka sudah pun duduk serumah.
Hal tersebut diakui oleh Aeril apabila dia baru sahaja menghantar mesej tersebut kepada isteri hanya semata-mata enggan melepaskan peluang untuk meniru trend orang ramai.
Boleh tahan masuk air juga Aeril ni. Apa pun para peminat sudah dapat mengagak dengan perangainya yang suka buat perkara menghiburkan orang ramai. Lihat sahaja lah perkongsiannya sebelum ini yang ada sahaja membuatkan peminat tak kering gusi.