Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Ada Geng Main Bola Sekali! Jep dan Sari Yanti Selamat Timang Anak Kedua

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mempunyai cita cita untuk menimang cahaya mata bagi mewarisi keluarga. Kurniaan cahaya mata juga merupakan satu rezeki dalam berumah tangga dan sudah menjadi impian untuk menimang cahaya mata yang lengkap lelaki dan perempuan.

Begitu juga dengan pasangan selebriti lawak, Jep Sepahtu dan isteri tercinta, Sari Yanti yang baru sahaja selamat ,elahirkan anak mata kedua mereka.

GEMBIRA DENGAN KURNIAAN SEPASANG CAHAYA MATA

Berita gembira ini telah dikhabarkan oleh Jep Sepahtu sendiri melalui akaun Instagram milik peribadinya sendiri. Jep dengan gembira dan bersyukur mengumumkan kelahiran anak lelakinya itu.

Sumber Instagram

Jep juga telah memaklumkan kepada para peminat bahawa isteri tercinta itu selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 6 Jun 2020. Dalam masa yang sama, Jep turut meluahkan rasa syukur dan menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang telah melahirkan zuriat mereka.

Jep telah memuat naik sekeping foto puteranya di laman Instagram namun hanya bahagian tepi sahaja tanpa kelihatan wajah yang penuh. Ramai peminat dan juga rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu di ruangan komen.

Sumber Instagram
“Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Terima Kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita..”

Ada juga netizen yang meneka wajah putera mereka ini sama ada iras Sari Yanti ataupun Jep Sepahtu, namun mereka berbesar hati dengan kelahiran cahaya mata lelaki ini.

Terdahulu, Jep dan Sari Yanti mempunyai seorang puteri sulung yang kini berusia dua tahun hasil perkahwinan mereka. Jep dan Sari Yanti telah selamat dinikahkan pada Februari 2017. Pasangan dua sejoli ini sangat diminati oleh ramai netizen dengan momen manis yang dikongsikan mereka dilaman sosial.

Sumber Instagram

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini atas kurniaan vahay mata ini. Semoga Sari Yanti dan anak yang baru dilahirkan sentiasa selamat dan menjalani pantang dengan sempurna. Pastinya peminat tak sabra menanti masa untuk melihat wajah comel anak pasangan sama cantik sama padan ini.

Kongsi artikel ini: