Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai antara kita mula merindui aktiviti-aktiviti bebas seperti dahulu kala. Yang paling dinantikan ramai adalah perjalanan merentas negeri. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai yang mengidamkan untuk pulang ke kampung halaman untuk melihat perkembangan orang tua.
Namun demi keselamatan dan juga kesihatan bersama, hal itu terpaksa dilupakan sejenak. Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkongsikan beberapa berita baik buat masyarakat Malaysia terutamanya.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan tamat dan digantikan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun sehingga lah 31 Ogos ini.
Selain itu, ada perkara lain yang menjadi titik kegembiraan ramai termasuklah kelonggaran untuk merentas negeri serta melancong dalam Negara. Namun, tetap ditekankan agar orang ramai tidak boleh terlalu selesa.
Perlu diingatkan bahawa mengamalkan kebiasaan baharu (new normal life) dengan memastikan penjarakan sosial senantiasa, kerap membasuh tangan dan memakai penutup muka bila berada di tempat sesak.
Bagi yang berhajat ke luar Negara pula, mereka perlu melupakan hasrat tersebut kerana difahamkan pintu sempadan antara Negara masih lagi ditutup.
Antara perkara lain yang menjadi ucaptama PM adalah membenarkan sambutan hari raya Aidil Adha kelak. Walau bagaimanapun, sambutan tersebut perlu mematuhi SOP yang akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan juga jabatan agama kelak.
Jadi, dapat lah umat Islam di Negara kita menyambut bersama sanak saudara dan pulang beraya di kampung biarpun dalam keadaan baharu.
Kelonggaran-kelonggaran diberikan PM bukan lah petanda bahawa kita sudah pun bebas dari wabak yang sedang melanda. Ia masih ada disekeliling kita dan sudah pasti kita yang perlu berusaha membiasakan diri untuk hidup dengannya.
Sehubungan dengan itu, jangan terlalu lalai dan suka diingatkan agar sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting. Amalkan penjagaan kebersihan di tahap yang tertinggi setiap hari.