Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ujian ke atas manusia datang dalam pelbagai peringkat dan cara. Kalau bukan dari kita, ianya datang dari pihak yang lain. Setiap dari kita tidak akan terlepas dari menghadapi ujian-ujian ini. Cuma yang membezakan adalah kesabaran dalam berdepan dugaan tersebut.
Dalam masyarakat melayu kita sangat terkenal dengan perasaan hasad dengki dan juga cemburu antara satu sama lain. Pantang melihat orang lain senang atau berjaya, ada sahaja perkara dilakukan untuk menjatuhkan individu lain.
Ini lah yang terjadi kepada seorang penternak ikan yang berdepan dengan kerugian apabila ada pihak yang cuba menganiaya perniagaan yang diusahakan selama ini. Hal tersebut menjadi bualan warganet baru-baru ini, yang turut bersimpati nasib yang menimpa lelaki berkenaan.
Penternak ikan tersebut dikenali sebagai Zainundin Khozen dan difahamkan kesemua ikan yang dibelanya telah mti gara-gara dipedajal oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Melihat hasil usahanya dalam keadaan mti sedemikian, Zainundin tidak dapat menahan rasa sedih dan terus menangis. Segala usaha yang dikerah sejak sekian lama akhirnya rugi dalam sekelip mata sahaja.
Dikhabarkan hal ini berpunca dari tindakan segelintir pekebun yang berada di kawasan kolam miliknya. Mereka meracun tanaman sehingga terjejas sekali ke dalam kolam milik Zainundin.
Perkongsian ini menarik mata ramai netizen. Rata-rata mereka turut merasai kehampaan yang dilalui penternak ikan berkenaan. Mereka dilihat sempat mentitipkan kata-kata semangat buat Zainundin agar terus kuat dan bangkit dalam menerima kegagalan ini.
Dalam pada itu, mereka juga ada memperingatkan bahawa dalam perniagaan ada banyak cabaran. Cabaran itu lah yang memberikan manusia pengalaman berharga agar lebih berhati-hati di masa depan.
Yang pasti sentiasa berdoa dan meminta pertolongan dari Allah agar senantiasa dipermudahkan segala urusan kelak. Mungkin kerugian hari ini akan diberi ganjaran yang lebih besar kemudian.
Kesimpulannya, semoga Zainundin diberi kekuatan dan dimurahkan rezeki untuk bangun semula. Jauhi lah diri dari perasaan dengki dan cemburu kerana Allah telah pun tetapkan rezeki yang berlainan bagi hambaNya.