Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tiada siapa pun yang minta untuk berkahwin tetapi berakhir dengan perpisahan. Bercinta sangat mudah tetapi untuk mempertahankan rasa cinta itu lah yang paling membebankan. Ada sesetengah pihak yang menganggap berkahwin ini seperti perjudikan nasib.
Jika dapat pasangan yang bertanggungjawab, maka bahagia menanti mereka. Namun jika sebaliknya, terpaksa lah berjuang seorang diri. Bagi seorang wanita, bergelar ibu tunggal merupakan satu tugas yang sangat berat.
Selain daripada berdepan denganpersepsi kurang baik masyarakat sekeliling, mereka juga perlu berlawan dengan emosi sendiri yang kadang kalanya ada naik dan turun dalam mempositifkan diri.
Hampir tiga tahun menjadi ibu tunggal, pelakon yang terkenal dalam telemovie Mak Cun iaitu Balkisyh Semundur Khan mengakui yang dirinya tidak mengejar lelaki berharta atau seorang yang kaya untuk dijadikan suami.
Tambah Balkisyh, dia enggan menumpang kekayaan orang lain kerana semua itu mampu untuk diusahakan sendiri. Yang paling penting untuk mendampinginya adalah seseorang yang benar-benar ikhlas dan mampu memberi kasih sayang kepada dia dan juga anak-anak.
Menurut pelakon cantik berkenaan, ada kenalan yang menyuruhnya pilih suami dari mereka yang berharta agar kehidupan kelak lebih terjamin. Tetap dengan pendirian, dia lebih selesa untuk bersederhana dan mencari sendiri kesenangan tersebut.
Melihat kepada perkongsian Balkisyh di Instagram miliknya beberapa hari lalu seolah-olah ditujukan kepada individu yang cuba mendekati dirinya. Walau bagaimanapun dia tidak nyatakan dengan jelas perihal tersebut.
Konklusinya, mencari kebahagiaan bukan lah soal senang atau susah. Yang pasti individu tersebut menunjukkan usaha untuk beri kasih sayang dan menghormati seorang isteri.