Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sangat Luar Biasa! Usia Baru Setahun Jagung, Alisa Aisyah Raih Sejuta Pengikut Di IG Menerusi Aksi Comel

Dewasa ini, pandai menggunakan peluang di media sosial boleh menjadikan seseorang itu terkenal dengan mudah. Bila dah terkenal, sudah pasti banyak syarikat yang berminat untuk membayar sebagai paid review untuk produk mereka.

Menjadi anak selebriti adalah tiket mudah untuk terkenal. Antara yang menjadi tumpuan kini adalah anak gadis pasangan popular Hairl Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Alisa Aisyah yang mula diminati di Instagram.

DAH CAPAI SEJUTA PENGIKUT PADA USIA SETAHUN

Gelagat comel Alisa dan abangnya, Yusof Iskandar membuatkan ramai peminat naik geram. Biar pun masih kecil tetapi dia menunjukkan reaksi yang sudah faham dengan arahan ibu bapanya.

Baru sahaja menganjak usia setahun pada 24 Mei lepas, difahamkan akaun Instagram milik Alisa sudah pun mencapai seramai satu juta pengikut semalam. Sudah pasti pencapaian ini sangat luar biasa kerana di usia sangat muda sudah menjadi tumpuan ramai.

KERAP KONGSI AKTIVITI HARIAN SEJAK DILAHRIKAN LAGI

Dalam menghargai pencapaian tersebut, menerusi posting terbaru di Instagram, dimuat naik gambar comel Alisa dan diselangi dengan ucapan “Hi dan terima kasi” kepada mereka yang mengikuti instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Hi & thank you 🥰

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Akaun Instagram Alisa dicipta sejak dia dilahirkan lagi. Sehingga kini, akaun tersebut telah memuat naik lebih 170 posting yang memaparkan aktiviti harian yang dilakukan oleh Alisa dan keluarga.

RAMAI YANG PUJI COMEL DAN UCAP TAHNIAH

Melihat kepada reaksi pengikutnya, ramai yang memuji kecomelan Alisa. Memiliki pipi yang tembam dan bulu mata yang cantik menambahkan lagi rasa geram orang ramai terhadapnya.

Dalam pada itu, mereka juga sempat meninggalkan ucapan tahniah kepada Alisa kerana berjaya memikat hati orang ramai sehingga meraih sejuta pengikut dalam usia yang sangat muda.

Natijahnya, dewasa kini ibu bapa dapat merancang masa depan anaknya melalui sesuatu platform media sosial kerana kelak ia mampu memberi pulangan yang sangat lumayan. Hal ini telah dibuktikan oleh beberapa orang artis lain seperti Rozita Che Wan dan Awal Ashaari.

Kongsi artikel ini: