Meniti kehidupan sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan lalai dengan perintah Tuhan. Tidak bermaksud orang yang mempunyai dosa tidak mempunyai masa depan.
Kadang-kala, kesilapan dan kesalahan itu lah mengajar manusia dalam mengenal Sang Pencipta kelak. Tidak dinafikan yang masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam mendekatkan diri kepada Tuhan.
Yang penting kita sentiasa berusaha dalam mencari jalan untuk menjadi yang lebih baik. Selebriti antara individu yang mudah kita lihat, yang dahulunya boleh dikatakan agak sosial dan kini tidak lagi.
Antaranya adalah Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza antara individu yang membuka mata orang ramai. Kedua mereka membawa perubahan sangat baik dalam keluarga sehingga menjadi insipirasi untuk pasangan suami isteri yang lain.
NORMAN HAKIM KAFANKAN DIRI SENDIRI
Dalam perkongsian terbaru Norman Hakim menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, dia ada memuat naik sekeping gambar yang membuatkan ramai pengikutnya terkejut. Gambar tersebut memaparkan Norman dibalut sempurna dengan kain kafan.
Sudah pasti hal tersebut mencetuskan tanda tanya tujuan sebenar dia bertindak sedemikian. Sama ada ingin membuat cabaran baru untuk pengikutnya atau pun sekadar suka-suka.
UNTUK MENGINSAFKAN DIRI
Jelas Norman, dia berpakaian sebegitu adalah untuk mewujudkan rasa keinsafan dalam diri agar dapat lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Bila bercerita soal mti baru lah masing-masing takut dan mula sedar dengan kelalaian yang pernah dilakukan.
Perkongsian pelakon lelaki ini bukan lah untuk mencari publisiti semata-mata. Dia hanya ingin memberi peringatan kepada kita semua bahawa ajal itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka memberi komen yang positif terhadap perkongsian tersebut. Ilmu yang bermanfaat sewajarnya dikongsikan bersama dan saling memperingati antara satu sama lain.
Dalam pada itu, mereka juga berdoa agar kita semua diberi perngakhiran dalam keadaan husnul khotimah. Mengkafankan diri sendiri dilihat mudah tetapi membawa kesan yang sangat mendalam.
Kesimpulannya, masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam mengingatkan diri kepada Tuhan. Diharapkan perkongsian Norman turut menginsafkan diri kita juga dari terus lalai di bumi Allah.